KUALA LUMPUR: Penerokaan haram tanah rizab kerajaan dan hutan simpan yang keluasannya mencecah ribuan hektar di beberapa daerah di Pahang sudah lama diperkatakan.
Apa yang berlaku?
Pelbagai pihak sudah membangkitkan isu ini sejak sekian lama.
PEMBELA antara yang paling lantang apabila melihat ribuan ekar tanah di Raub tiba-tiba bertukar menjadi kebun durian.
Keluasannya makin bertambah, dari tanah landai ke bukit sehinggalah ke tebing sungai dipenuhi pokok durian dari variety yang premium.
Menurut rekod, penerokaan haram ladang durian yang dimusnahkan di kawasan Hutan Simpan Batu Talam adalah seluas 101.17 hektar.
Adakah kawasan tanah terlibat merupakan kebun haram?
Kebanyakan ladang dan kebun durian di sekitar Raub diusahakan di atas tanah milik kerajaan negeri dan hutan simpan secara haram.
Pencerobohan oleh pengusaha ladang durian ini melibatkan kawasan sehingga 4,400 hektar dan semuanya diusahakan tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada kerajaan negeri.
Apa kata Pengusaha kebun?
Kebanyakan pengusaha di kawasan itu sedar status mereka yang tidak sah, di mana menurut PEMBELA, mereka sebelum ini merayu agar diberikan tempoh sebelum sebarang tindakan diambil.
Apa kata polis?
Polis tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini, tetapi mereka memberi kerjasama yang baik termasuk mengiringi kru Astro AWANI ketika membuat tinjauan di kawasan yang diceroboh di Raub baru-baru ini bersama PEMBELA.
Apa kata Pejabat Tanah?
Kami telah cuba mendapatkan komen dan kenyataan daripada pihak Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri namun masih gagal.
Isu ini pernah dipaparkan Astro AWANI dalam laporan khas "Siapa Yang Khianat?" yang disiarkan di AWANI 7:45 pada 20 Januari 2020.
Melalui laporan khas itu, kru kami telah melakukan tinjauan meliputi beberapa kawasan yang dijadikan ladang durian Musang King.
Ia termasuk beberapa ladang yang kini kesnya menunggu masa untuk didengari di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan 204 pekebun untuk mengetepikan notis pengosongan oleh pentadbir tanah.
Berdasarkan tinjauan bersama PEMBELA, pelbagai jenis kawasan diubah menjadi ladang durian termasuk kawasan rizab sungai.
Tiada pihak berkuasa berkaitan memberikan sebarang respons kepada usaha kami untuk mencari jawapan.
Persoalan
Persoalan yang kekal sehingga kini terarah kepada bagaimana insiden pencerobohan berskala besar ini boleh berlaku sejak puluhan tahun dalam keadaan pihak-pihak berkenaan mengaut keuntungan jutaan ringgit tanpa sebarang tindakan diambil.
Kenapa pihak penceroboh atau pengusaha ladang tersebut sewenangnya menceroboh kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan simpan dan rizab Kerajaan Negeri Pahang sementara kerajaan negeri tidak mendapat sebarang hasil.
Penduduk Pahang khasnya dan rakyat Malaysia amnya mahukan satu jawapan dan kepastian kenapa ini boleh berlaku.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jul 08 2021
!['Siapa Yang Khianat?' - Kronologi dan persoalan isu ladang Musang King haram 'Siapa Yang Khianat?' - Kronologi dan persoalan isu ladang Musang King haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625715990_Laporankhas.jpg)
Kisah pencerobohan tanah di Raub pernah disiarkan Astro AWANI dalam siri laporan Khas 'Siapa Yang Khianat' pada Januari lalu. -Astro AWANI
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738893978_TBscomi.jpg)
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
![Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719807_SST.jpg)
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
![JPSM sahkan tiada pembalakan, penerokaan haram di Ulu Muda - Nik Nazmi JPSM sahkan tiada pembalakan, penerokaan haram di Ulu Muda - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706422360_NikNazmiNikAhmad.jpg)
JPSM sahkan tiada pembalakan, penerokaan haram di Ulu Muda - Nik Nazmi
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengesahkan tiada sebarang kegiatan pembalakan atau penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda di Sik.
![Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706346356_TBtanahruntuh.jpg)
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
![Siasatan segera dilakukan, kenal pasti punca banjir puing di Bukit Tinggi - Nik Nazmi Siasatan segera dilakukan, kenal pasti punca banjir puing di Bukit Tinggi - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701007781_JalanLamaGombakBe.jpg)
Siasatan segera dilakukan, kenal pasti punca banjir puing di Bukit Tinggi - Nik Nazmi
Tindakan segera membaik pulih infrastruktur juga sedang dijalankan selain kerja-kerja pembersihan sisa batuan dan enapan di kawasan banjir.
![Jangan tanam durian di kawasan perumahan - MBI Jangan tanam durian di kawasan perumahan - MBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81593053509_duriankaya.jpg)
Jangan tanam durian di kawasan perumahan - MBI
Walaupun MBI menggalakkan program kebun komuniti bandar, ia perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
![MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638498751_PMO.jpg)
MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri
Antara perkara dipersetujui, kata PM, semua kerajaan negeri perlu tangani penerokaan haram, selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.
![MB Perak kecewa penerokaan tanah di Bukit Kledang MB Perak kecewa penerokaan tanah di Bukit Kledang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549673440_penerokaanharam.jpg)
MB Perak kecewa penerokaan tanah di Bukit Kledang
Katanya, apa yang dikesalkan, penceroboh semakin berani memasuki tanah-tanah kerajaan, menggunakan jentera dan mesin berat tanpa mempedulikan undang-undang.
![Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549588267_pencerobohantanah.jpg)
Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc
Pencerobohan haram berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.