SEMUA pihak harus memainkan peranan masing – masing bagi membenteras rasuah dan salah guna kuasa dalam yang ada negara kita. Ini susulan pembongkaran kewujudan sebuah sindiket kartel yang mengendalikan lebih 150 syarikat yang memonopoli tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion yang telah berjaya ditumpaskan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru – baru ini. Menurut sumber, tujuh suspek termasuk seorang berusia 47 tahun yang mengetuai sindiket terbabit berjaya diberkas. Ketua sindiket kartel tersebut dikatakan mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat. Sindiket kartel berkenaan telah beroperasi semenjak tahun 2014 yang lalu. Sindiket kartel terbabit menumpukan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan. Apa yang lebih merisaukan ramai pihak adalah sindiket kartel berkenaan dipercayai mendapat kerjasama dari “orang dalam” di kementerian dan agensi terlibat. Sindiket kartel berkenaan dikatakan akan membayar rasuah kepada “orang dalam” untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan tender, termasuk spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan “masa yang sesuai” untuk menghantar borang tender. Sejumlah besar syarikat di bawah sindiket kartel itu kemudian akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza – beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan untuk “mengepung harga”. Sejumlah RM3.5 juta wang tunai turut ditemui di rumah ketua sindiket kartel tender kerajaan yang terlibat. Selain itu, kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta serta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai, pejabat bernilai RM29 juta yang disyaki berhubung kait dengan sindiket kartel terbabit turut disita. Menurut sumber lagi, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta dibekukan dalam siasatan kes berkenaan. Isu yang melibat rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku kerana ia sudah pasti memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara kita. Rakyat kita pun sudah muak mendengar isu yang melibatkan rasuah dan salah guna yang kerap kali berlaku dalam negara kita.
Sekiranya kita ingin mewujudkan sebuah negara yang benar – benar bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa semua pihak dalam negara kita perlu aktif memainkan peranan masing – masing dengan melakukan proses pemantauan serta tampil berani melaporkan sebarang kegiatan salah laku yang disyaki berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan lanjut dilakukan. Orang ramai perlu sentiasa sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling mereka serta perlu sentiasa rajin bertanya sekiranya terdapat sebarang perkara yang mencurigakan dan tidak masuk akal yang berlaku di sekeliling mereka. Antara perkara yang boleh memberi kecurigaan pada orang ramai ialah kekayaan luar biasa atau gaya hidup mewah dan keterlaluan yang dipamerkan oleh suspek salah laku rasuah dan salah guna kuasa.
Kekayaan luar biasa atau gaya hidup mewah luar biasa atau keterlaluan yang ada pada mana – mana individu termasuk pada penjawat awam tanpa adanya sebab yang munasabah mengenai punca kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh mereka selalunya akan mengundang rasa syak wasangka atau perasaan curiga kepada setiap manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Setiap manusia yang waras pemikirannya akan sentiasa inginkan jawapan terhadap perkara – perkara yang dilihat mereka sebagai perkara yang pelik serta diluar kebiasaan. Malangnya, kebanyakan rasa syak wasangka dan perasaan curiga berkenaan hanya menjadi buah mulut serta cerita gosip semasa yang tidak membawa sebarang makna tanpa ada sebarang tindakan lanjut diambil terhadapnya. Daripada menjadi buah mulut serta gosip semasa, adalah baiknya sekiranya rasa syak wasangka dan perasaan curiga terbabit disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti pihak PDRM ataupun SPRM untuk siasatan lanjut dilakukan dengan lebih teratur dan teliti mengikut peruntukan undang – undang sedia ada dalam negara kita.
Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, pihak berkuasa yang terlibat boleh mengambil sebarang tindakan undang – undang terhadap pihak yang disyaki di dalam mahkamah. Perlu diketahui, kebanyakan kes yang melibatkan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang melibatkan wang selalunya akan memberi kesan terhadap gaya hidup diri suspek serta ahli keluarga rapat mereka. Sudah menjadi fitrah setiap manusia untuk berbelanja serta menikmati gaya kehidupan yang lebih selesa setelah memiliki sejumlah wang. Kebanyakan suspek yang terlibat dalam kes rasuah serta salah guna kuasa ini juga akan mudah tergoda untuk berbelanja wang yang mereka perolehi serta gemar untuk menunjuk – nunjuk pada orang sekeliling segala kemewahan yang dimiliki oleh mereka. Dengan wujudnya pelbagai jenis media sosial moden pada ketika ini seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain – lain, segala usaha untuk tunjuk – menunjuk ini akan menjadi lebih kerap dilakukan oleh suspek serta ahli keluarga rapat mereka untuk tujuan tantapan umum. Rekod sejarah yang melibatkan proses tangkapan yang dilakukan terhadap suspek rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini banyak melibatkan hasil rampasan barangan mewah seperti rumah besar, barang kemas, jam berharga, kenderaan mewah dan lain – lain lagi yang berharga ribuan dan jutaan ringgit. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa rata – rata suspek yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini gemar berbelanja mewah diatas hasil kegiatan rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh mereka. Perubahan ketara hidup seseorang ke arah gaya kehidupan yang luar biasa mewah tanpa adanya sebarang sebab yang munasabah serta yang berlaku dalam sekelip mata dan hasil rampasan segala barangan mewah yang dimiliki dari pihak suspek serta ahli keluarga mereka kelak boleh dijadikan sebahagian daripada bahan bukti di dalam mahkamah bagi menyokong pertuduhan kes yang melibatkan rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa.
Pada masa yang sama, kita juga harus berani melakukan perubahan drastik terhadap polisi dan dasar yang ada dalam negara kita bagi membendung rasuah dan salah guna kuasa. Sekiranya kita tidak melakukan perubahan drastik ini, kegiatan rasuah dan salah guna kuasa akan terus berulang kali berlaku dalam negara kita sekaligus mengugat kedudukan negara kita di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun – tahun akan datang. Antara cadangan perubahan drastik yang boleh diberi pertimbangan dan perlu dilakukan adalah dengan memastikan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh pihak yang diberi kuasa untuk melakukan proses pemberian tender dan projek kerajaan terbabit diketahui umum dan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Langkah ini telah diperkenalkan pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dulu dan ianya perlu diteruskan dan dimantapkan lagi. Langkah ini akan memudahkan pihak SPRM memantau setiap harta dan aset yang dimiliki oleh pihak – pihak yang terlibat dengan lebih dekat serta memudahkan sebarang tindakan segera diambil terhadap mana – mana individu yang didapati memiliki harta kekayaan luar biasa secara tiba – tiba tanpa sebab yang logik atau munasabah.
Perubahan drastik lain yang perlu diambil adalah dengan memastikan tiada kakitangan di kementerian dan agensi kerajaan bertugas di tempat yang sama untuk satu tempoh jangka masa yang lama, khususnya kakitangan yang bekerja di unit atau jabatan yang sensitif yang melibatkan pengurusan kewangan dan perolehan aset. Proses pemindahan kakitangan dari satu tempat kerja ke tempat kerja yang lain ini perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka bertugas ditempat kerja yang sama untuk jangka masa yang lama. Jika kakitangan berkenaan dibiarkan bertugas terlalu lama sesebuah tempat, ia dibimbangi akan menyebabkan rasuah dan salah guna kuasa akan timbul sekaligus memberi peluang kepada kewujudan sindiket kartel. Perubahan drastik lain yang perlu diambil adalah dengan memastikan kebebasan sepenuhnya badan penguatkuasa dan penyiasat seperti SPRM itu sendiri. SPRM perlu dipisahkan sepenuhnya daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan harus dipertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Parlimen dimana sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi memastikan segala aduan yang diterima oleh pihak SPRM disiasat dengan baik dan dan pihak SPRM dapat menjalankan segala tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih sempurna dan professional. Pembongkaran sindiket kartel yang melibatkan tender kerajaan oleh pihak SPRM baru – baru ini telah mengugat integriti perkhidmatan awam dalam negara kita. Sekiranya kita tidak melaksanakan segala langkah drastik seperti yang telah dinyatakan, sukar untuk kita memperbaiki integriti perkhidmatan awam kita yang sudah tercalar ini. Oleh itu, kita perlu bertindak dengan cepat dan bertindak dari sekarang bagi membendung masalah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita.
* Dr Muzaffar Shah Mallow ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ialah Ahli Parlimen Muar.
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Dr Muzaffar Syah Mallow, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Sun Apr 11 2021
![Siasat kekayaan luar biasa, laksana langkah drastik atasi rasuah dan kartel Siasat kekayaan luar biasa, laksana langkah drastik atasi rasuah dan kartel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617683319_keretamewah.jpg)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu menyita dua buah helikopter persendirian, lebih 10 kereta mewah dan sebuah kapal persiaran milik ketua sindiket kartel projek bergelar Datuk. - Gambar fail/Sumber SPRM
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
![Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738484514_HimpunanMahasiswa.jpg)
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
!['Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
![PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669007947_HajijiMohdNoor.jpg)
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
![Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733987519_TBSaifuddinNasution.jpg)
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
![Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724424185_TBHAJIJINOR.jpg)
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
![Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025 Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717063170_AmirudinShari.jpg)
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
![Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732542608_tbPMbersamadiaspor.jpg)
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
![Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732452422_ZambryAbdKadir.jpg)
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
![PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730797736_PRNSabahKerjasama.jpg)
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.