KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sepanjang tempoh beliau menjadi Peguam Negara (AG), siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC International) hanya diklasikasi sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ serta tidak pernah ditutup.
Mohamed Apandi berkata semasa beliau melepaskan jawatan AG pada 2018, siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan belum selesai.
"Mana-Mana penyiasat boleh membuka semula siasatan kes itu jika terdapat sebarang bukti baharu.
"Kertas siasatan (IP) telah dipindahkan dari agensi siasatan, jika IP itu kembali kepada kami, kami akan menelitinya. Jika kami mendapati ada perkara yang perlu dilengkapkan, kami akan memulangkannya. Siasatan kes itu tidak pernah diselesaikan walaupun pada hari saya meninggalkan Pejabat AG," katanya pada perbicaraan kes saman fitnah beliau terhadap ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim berhubung isu penutupan siasatan kes 1MDB.
Kepada soalan lain, Mohamed Apandi berkata beliau tidak membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib daripada pertuduhan berkaitan 1MDB dan SRC International namun hanya yang mempunyai kaitan dengan sumbangan RM2.6 bilion.
Ramkarpal: Siaran akhbar (bertarikh 26 Jan 2016) yang anda bacakan pada satu sidang media, telah membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku dalam SRC International. Adakah anda bersetuju bahawa ini adalah kerana pada pandangan anda, dana itu datangnya daripada sumbangan tersebut dan bukan SRC International?
Mohamed Apandi: Saya tidak menyebut sumber dana itu dalam siaran akhbar, saya hanya menyebut tidak ada bukti bahawa Najib telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Ramkarpal: Jadi anda katakan bahawa tidak ada bukti wang itu datangnya daripada SRC International?
Mohamed Apandi: Pada masa yang material itu.
Mohamed Apandi juga berkata sepanjang tempoh 47 tahun berkhidmat dalam arena perundangan, beliau tidak pernah melakukan sebarang salah laku atau ‘membantu’ sesiapa yang mempunyai kaitan dengan 1MDB atau SRC International.
Ramkarpal kemudian menyoal Mohamed Apandi mengenai laporan berita bahawa AG ketika itu enggan bertindak ke atas syor panel semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Najib.
Ramkarpal: Laporan ini agak teruk dan seorang daripada ahli panel itu, Lim Chee Wee mendakwa bahawa anda tidak bertindak terhadap fakta bahawa sejumlah RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank bekas perdana menteri itu. Anda telah diberikan peluang untuk memberikan maklum balas namun anda tidak berbuat demikian.
Mohamed Apandi: Saya berpendapat bahawa saya tidak perlu memberikan maklum balas kepada perkara itu.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.
Mohamed Apandi, yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang dikirkan sesuai oleh mahkamah.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Mohamed Apandi berkata semasa beliau melepaskan jawatan AG pada 2018, siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan belum selesai. - Gambar fail/ Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.

1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.

Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.

Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.

Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan dikelaskan sebagai OSA.

Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Bekas Perdana mMenteri itu berkata, pelantikan Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance juga mempunyai konflik kepentingan.

Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.