KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini di peringkat akhir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel yang bertindak mengawal harga dan pengeluaran bekalan ayam di dalam negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata beberapa saksi dalam kalangan penternak dan 'integrator' turut dipanggil untuk membantu siasatan.
"Setakat ini MyCC sedang menyiasat keterlibatan kartel dalam (mengawal) harga ayam ini dan laporan lengkap dijangka dibentangkan dalam bulan Jun ini, sama ada betul atau tidak kita lihat berdasarkan hasil itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Jendela Fikir bertajuk 'Larangan Eksport Tepung Gandum India Jejas Bekalan Tempatan?', terbitan Bernama Radio di sini hari ini.
MyCC telah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.
Sementara itu, Rosol berkata keputusan mengenai pelanjutan subsidi RM1.40 bagi sekilogram ayam yang dijadual tamat pada Ahad ini (5 Jun) akan dimuktamadkan oleh Kabinet hari ini.
"Kita ada beberapa cadangan berkaitan dengan hal tersebut dan hari ini mesyuarat akan tentukan sama ada nak teruskan, nak hentikan atau yang ketiga terus tapi dengan sedikit peningkatan. Mungkin Kabinet ada cadangan lain jadi keputusan bergantung kepada Kabinet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Datuk Rosol Wahid berkata beberapa saksi dalam kalangan penternak dan 'integrator' turut dipanggil untuk membantu siasatan. - Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember
Representasi itu bagi tujuan untuk pihak terbabit mengemukakan bukti sekali gus menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.

Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini
Pasukan khas menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.

Siasatan berhubung kewujudan kartel ayam di peringkat akhir
Datuk Rosol Wahid berkata beberapa saksi dalam kalangan penternak dan 'integrator' turut dipanggil untuk membantu siasatan.

'Tak mustahil kartel ayam cari jalan belakang'
Walaupun penternak dan peniaga ayam berhak mendapat keuntungan lebih, tetapi dengan situasi sekarang mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara ini terlebih dahulu.

Isu bekalan ayam: Pergerakan Pemuda UMNO kemuka empat cadangan
Selain bantuan khas, kewujudan beberapa agensi khusus dalam menangani isu ini dapat menyelesaikan krisis bekalan ayam yang dihadapi negara.

Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik
Laporan terperinci diperlukan dalam menentukan kesahihan dakwaan penglibatan mana-mana pihak dalam isu berkenaan.