Sebarang kelemahan dalam proses siasatan yang dijalankan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diperbaik termasuk mendapatkan semua dokumen yang diperlukan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa syarikat itu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Audit Negara bagi membantu siasatan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa terdapat dokumen yang masih belum diberikan termasuk penyata kewangan dan beberapa perjanjian berkaitan urus niaga syarikat kontroversi tersebut.
"Sekiranya 1MDB tidak memberi kerjasama sepenuhnya seperti dinyatakan oleh Nur Jazlan maka itu merupakan sesuatu yang perlu diperbetulkan," kata Hishammuddin selepas mendengar taklimat mengenai 5 Tahun Pelan Strategik LTAT Selaras dengan RMK11 di ibu negara.
Sementara itu, Hishammudin menekankan bahawa siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan melibatkan 1MDB adalah amat kritikal untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Ini kerana defisit keyakinan dibimbangi timbul sekiranya isu semasa yang memburukkan nama perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak termasuk melalui artikel The Wall Street Journal (WSJ), tidak menemui kebenaran.
"Apa yang rakyat mahu adalah kebenaran. Defisit keyakinan akan timbul sekiranya kebenaran itu tidak didedahkan.
"Tetapi kita perlu melalui saluran yang betul kerana kita tidak mahu ada yang tidak berdosa didakwa dan dijadikan mangsa. Ini termasuk tuduhan terhadap perdana menteri."
"Jadi kita kena pastikan apa yang diminta oleh rakyat untuk mengembalikan keyakinan mereka, dan ini bergantung kepada proses siasatan yang sedang dijalankan," kata Hishamuddin.
Ditanya tentang kesan isu 1MDB terhadap UMNO secara keseluruhan, Hishamuddin yang juga naib presiden parti itu berkata situasi ini tambah mengukuhkan parti itu.
"UMNO telah banyak melalui cabaran dan rintangan. Biarpun ketika Tun Dr Mahathir merupakan presiden, kami juga banyak melalui krisis. Tetapi itu telah menjadikan parti lebih kukuh dan bersatu padu."
"Namun apa yang penting adalah kebenaran yang dituntut rakyat dan anggota parti kita sendiri. Inilah cabaran yang kami sebagai pemimpin harus galas dan akan kami buat dengan sebaiknya." katanya lagi.
Tan Su Lin
Thu Jul 09 2015
![Siasatan dakwaan WSJ: Hishammuddin gesa 1MDB beri kerjasama penuh Siasatan dakwaan WSJ: Hishammuddin gesa 1MDB beri kerjasama penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71435840479_HishammuddinUmno.jpg)
HISHAMMUDDIN: Sekiranya 1MDB tidak memberi kerjasama sepenuhnya seperti dinyatakan oleh Nur Jazlan maka itu merupakan sesuatu yang perlu diperbetulkan. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
![1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi 1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.
![Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737793971_tblawanrasuah.jpg)
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
![Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
![Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
![Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637916006_TommyNajib.jpg)
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
![Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737379592_NajibTunRazak.jpg)
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
![Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648809976_NajibJhoLow.jpg)
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
![Najib mengaku guna bantuan Jho Low Najib mengaku guna bantuan Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.