KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil semula seorang pendakwah terkenal semalam bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 19 Ogos lalu, pendakwah terkenal itu dipanggil PDRM untuk merakamkan keterangan sebelum kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Astro Awani
Fri Oct 01 2021

Datuk Seri Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut. - Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.

Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.

Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.

PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.

Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta
Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu.