ALOR SETAR:Siasatan kebakaran membabitkan resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, Langkawi pada 12 dan 13 Januari lalu, kini siap sepenuhnya.
Siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.
Bagaimanapun, menurut Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, antara faktor penyebab api merebak dengan cepat ialah, kejadian berlaku ketika musim Monsun Timur Laut di mana terdapat angin kuat, ditambah persekitaran dan geografi kawasan yang lapang menghadap laut.
"Faktor angin, faktor persekitaran dan juga faktor geografi, topografi kawasan itu sendiri yang menyebabkan kemerebakan api itu berlaku dengan pantas.
"Dan keduanya, kerana binaan premis itu sendiri, sebagai hotel mewah, hiasannya menggunakan kayu-kayu yang banyak, itu juga menjadi punca kemerebakan berlaku dengan cepat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat JBPM Kedah, di sini, hari ini.
BACA: Hotel lima bintang di Langkawi musnah akibat kebakaran
BACA: 24 jam terbakar, 80 peratus blok bangunan The Andaman Langkawi musnah
Sayani berkata, binaan daripada kayu dan papan turut menyumbang kepada api hidup semula kerana terdapat bara api di dalam kayu.
Tambahnya, kejadian itu mengakibatkan api marak dengan pantas seterusnya meningkatkan risiko anggota untuk masuk ke dalam bangunan bagi melakukan operasi pemadaman.
"Ia juga meningkatkan risiko kepada anggota-anggota pemadam kerana ia banyak mengunakan kayu-kayu alang sebagai ganti kepada konkrit.
"Dan kayu papan yang cantik ini adalah objek paling atas. Jadi, sangat memberi risiko kepada anggota anggota pemadam.
"Tetapi, faktor sebenar kemerebakan itu adalah cuaca, dan juga angin. Walaupun (api) berjaya dikawal, tetapi faktor-faktor ini membantu menaikkan api itu dengan cepat," katanya.
BACA: Pasukan forensik mula siasat punca kebakaran di The Andaman
Menurut Sayani, laporan penuh siasatan akan diumumkan Ketua Pengarah JBPM ekoran laporan lengkap berkaitan kejadian telah dihantar ke Putrajaya.
Hotel terkemuka yang terletak di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat Langkawi itu, musnah 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku dua kali, pada 12 dan 13 Januari lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 27 2021

Kira-kira 80 peratus sebuah blok bangunan di The Andaman Langkawi di Jalan Teluk Datai musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali pada 12 dan 13 Jan lalu. --fotoBERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.

Pasukan forensik mula siasat punca kebakaran di The Andaman
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pasukan forensik tersebut turut dibantu anggota daripada JBPM Kedah.

24 jam terbakar, 80 peratus blok bangunan The Andaman Langkawi musnah
Angin kencang serta struktur binaan kayu, telah menyebabkan kira-kira 80 peratus sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 4