IPOH:Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlaku kerosakan di sekitar kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam kenyataan pada Isnin berkata Pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) juga diminta menyediakan laporan terperinci mengenai aktiviti kuari yang didakwa menjadi punca kepada kerosakan di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri juga mengarahkan supaya sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan.
Semalam, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), berharap aktiviti kuari di Hutan Simpan Segari Melintang, Pantai Remis di sini yang berstatus Hutan Simpanan Kekal dapat dihentikan segera.
Timbalan Pengerusi Kuasa Ismady Radzuan berkata aktiviti itu menyebabkan kawasan Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera, yang merupakan antara tarikan pelancongan, kini musnah hampir 90 peratus susulan aktiviti kuari sejak tahun lepas.
Beliau berkata aktiviti kuari itu dijalankan sebuah syarikat kontraktor yang dilantik oleh syarikat milik kerajaan negeri sejak Julai tahun lepas.
Katanya air terjun setinggi 300 meter dengan keluasan lebih sehektar itu tidak dibuka kepada orang awam kerana terletak dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal yang memerlukan permit jika ingin masuk untuk melakukan aktiviti termasuk beriadah.
Ismady berkata Kuasa bersama dengan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan beberapa NGO menggesa pihak berkuasa negeri mewartakan keseluruhan hutan simpan itu sebagai Hutan Taman Negeri.
Aida Aziz
Mon Jan 18 2021

Kawasan hutan simpan yang didakwa mengalami kerosakan akibat aktiviti kuari. - Foto Astro AWANI

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hutan Bukit Pantai diancam kepupusan
Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya memelihara khazanah alam tersebut daripada diancam kepupusan, untuk generasi akan datang.