KUALA LUMPUR: Siasatan punca kematian dua remaja yang meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana melibatkan pakar dari agensi lain, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar.
Beliau berkata pasukan perubatan sudah melakukan proses bedah siasat terhadap dua remaja iaitu lelaki dan perempuan masing-masing berusia 19 tahun tetapi masih belum mengetahui punca sebenar kematian mereka.
"Kami sedia maklum, dua mayat itu ditemukan selepas lima hari. Banyak organ sudah dalam keadaan tidak sempurna yang memerlukan kepakaran daripada jabatan lain seperti Jabatan Kimia," katanya pada sidang media di IPD Cheras di sini hari ini.
Muhammad Idzam berkata selagi laporan pakar daripada jabatan berkenaan tidak dikeluarkan, polis tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung punca kematian dua remaja terbabit.
"Selain itu, polis turut merakam keterangan daripada kawan, keluarga dan mereka yang mengenali si mati. Lebih 10 orang telah dipanggil untuk membantu siasatan dan sehingga kini tiada unsur jenayah ditemui," katanya.
Sebelum ini polis telah mengenal pasti dua remaja terbabit dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul.
Kedua-dua mereka yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing ditemukan di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, 29 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022

Dua remaja yang dilaporkan hilang ditemukan di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 29 Mei lepas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan
ACP Siti Nor Salawati berkata, dalam kejadian jam 7 petang itu dipercayai remaja tersebut datang ke stadium bersama adiknya.

Siasatan punca kematian dua remaja dalam Alphard ambil masa dua bulan
Siasatan punca kematian dua remaja yang meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan.

Reman pemandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga sebabkan kematian dilanjut
Reman individu yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua maut dalam kejadian awal pagi Ahad lalu disambung selama tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.