KUALA LUMPUR:Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer hari ini gagal dalam permohonannya, bagi mencabar tindakan Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) menjalankan prosiding inkuiri terhadapnya secara tertutup.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya yang membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC), untuk membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Hamid Sultan selaku pemohon.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali ketika dihubungi Bernama berkata, mahkamah membenarkan bantahan AGC selepas mendapati permohonan pemohon adalah pramatang, berikutan jawatankuasa itu masih belum membuat keputusan mengenai aduan terhadap Hamid Sultan.
"Oleh itu, mahkamah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon tanpa sebarang perintah terhadap kos," katanya yang memaklumkan prosiding hari ini dijalankan melalui aplikasi Zoom, yang turut disertai oleh peguam Datuk Bastian Vendargon dan Datuk Joy Wilson Appukuttan, yang mewakili Hamid Sultan.
Sementara itu, Appukuttan ketika dihubungi berkata, tarikh baharu pendengaran prosiding inkuiri itu masih belum ditetapkan. Sebelum ini prosiding itu dijadualkan pada 25 Nov tahun lepas.
Pada 20 Okt tahun lepas, Hamid Sultan telah memfailkan permohonan semakan itu dengan menamakan pengerusi JEC dan JEC masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, dan memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden seperti dalam surat responden pertama bertarikh 28 dan 29 Sept 2020, berhubung prosiding inkuiri secara tertutup, selain deklarasi bahawa keputusan itu tidak sah dan batal, serta bercanggah dengan Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat adalah Pengerusi JEC ketika ini.
Menurut Hamid Sultan, siasatan berhubung salah laku membabitkan hakim tidak boleh dilakukan secara tertutup, kerana ia bercanggah dengan prinsip kebebasan kehakiman.
Sementara itu, Appukuttan turut memaklumkan bahawa permohonan JEC dan pengerusinya untuk membatalkan saman pemula (saman pertama) Hamid Sultan, dibenarkan oleh hakim yang sama.
Peguam itu bagaimanapun berkata, saman berkenaan terhadap peguam Sangeet Kaur Deo dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla selaku defendan ketiga dan keempat, akan diteruskan dan 22 Feb ini ditetapkan untuk pengurusan kes saman itu.
Pada 9 Okt tahun lepas, Hamid Sultan telah memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu, berhubung dakwaan sama ada JEC boleh menyiasat penghakiman dan afidavit yang diikrarkannya membabitkan isu sama.
Appukuttan juga berkata, beliau telah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan rayuan terhadap kedua-dua keputusan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Mahkamah membenarkan bantahan AGC selepas mendapati permohonan pemohon adalah pramatang.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Azizul Azmi angkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizul Azmi Adnan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.

Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan selesai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, kertas siasatan kes berkenaan sudah selesai dan hanya menunggu arahan selanjutnya.

Siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan tidak ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia
Siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Hakim Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung artikel sebuah portal berita
Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang memuat tuduhan palsu dan berniat jahat.

5 angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, 9 Pesuruhjaya Kehakiman
Lima Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

Antara nasi beriani, Malaysia Baharu dan sistem kehakiman - Hamid Backer
Akui dirinya pernah menjadi tukang masak nasi beriyani kepada lebih 10,000 orang tetamu, tidak bermakna apabila beliau menjadi hakim, beliau boleh diganggu dalam penghakimannya.

Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.