KUALA LUMPUR: Siasatan berkaitan "alegasi salah laku" terhadap Tan Sri Azam Baki masih terbuka. Demikian tegas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang, hari ini.
Beliau menambah, mana-mana agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara boleh meneruskan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
"Saya mahupun mana-mana rakan anggota saya yang lain dalam LPPR, saya percaya, tidak langsung berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut itu, jika ada, malah adalah digalakkan atas konsep kedaulatan undang- undang.
"Ini supaya nama baik dan integriti SPRM akan sentiasa berada di tahap tertinggi menurut lunas undang-undang," katanya pada sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata kenyataan penuh 13 muka surat yang diedarkan pada 5 Jan lalu tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sesetengah media sehingga menyumbang salah tanggap dalam kalangan masyarakat.
Katanya, ia termasuk pandangan dan cadangan LPPR, yang mahukan siasatan menyeluruh dijalankan.
"Terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan 'alegasi salah laku' terhadap Azam, yang telah diberi pandangan dan pendapat oleh LPPR, tetapi itupun tidak disentuh dan dilaporkan media.
"Apatah lagi, video berkaitan sidang media yang tertular, cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya.
"Walau apapun, saya sebagai Pengerusi LPPR sememangnya sedar dan tahu bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM, dan cuma mempunyai kuasa untuk memberi pandangan dan cadangan tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu, selari dengan peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta 694," katanya.
Tambah Abu Zahar, LPPR juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku khususnya berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.
BACA: 'I have nothing to hide' - Abu Zahar sedia disiasat, serah kedudukan kepada Agong
Sebelum ini, Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mac 2020, terpalit kontroversi berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015.
Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, beliau memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016 ketika menjadi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.
Bagaimanapun, Abu Zahar dalam sidang media pada 5 Jan lalu dilaporkan berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhajaya SPRM itu bahawa beliau tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham berkenaan.
Hasimi Muhamad
Tue Jan 11 2022

Azam yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mac 2020 terpalit kontroversi berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Persepsi negatif terhadap SPRM yang mengaitkan agensi itu dengan bersikap pilih bulu adalah berdasarkan kepada statistik siasatan badan berkanun itu.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ismail Sabri dipanggil semula Rabu ini, tunggu kesihatan pulih - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan tambahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini.

SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
SPRM menegaskan pihaknya tidak pernah memilih bulu dalam menjalankan siasatan membabitkan isu rasuah termasuk terhadap individu bergelar wartawan.

SPRM tahan seorang wartawan bagi membantu siasatan kes rasuah
Azam berkata penahanan wartawan itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Azam berkata, kesemua saksi tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat iaitu dalam minggu ini.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.