PUTRAJAYA: Proses siasatan kes struktur 'gantry launcher' terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin lepas, dijangka dapat dilengkapkan sepenuhnya dalam tempoh sebulan.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memaklumkan siasatan melibatkan pemerhatian dan penelitian di lokasi kejadian, mengambil keterangan saksi dan melakukan analisis kejuruteraan forensik bagi melengkapkan proses siasatan.
"Tindakan perundangan lanjut akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan terperinci," menurut JKKP dalam kenyataan hari ini.
BACA: Tiga maut, satu parah komponen kren timpa kereta di tapak pembinaan SUKE
BACA: Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam
Antara tindakan yang boleh diambil ialah pendakwaan menurut peruntukan Seksyen 15 dan 17 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu kewajipan majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja serta keselamatan dan kesihatan orang selain pekerjanya, yang terjejas akibat aktiviti kerja yang dijalankan.
Penalti maksimum bagi kesalahan di bawah kedua-dua seksyen tersebut ialah denda tidak melebihi RM50,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, menurut kenyataan itu.
JKKP memberitahu Notis Larangan yang dikeluarkan oleh JKKP hanya akan dibatalkan setelah majikan mengambil tindakan pembetulan dan langkah kawalan yang komprehensif bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi Isnin itu mengakibatkan tiga pekerja projek pembinaan maut, manakala seorang pemandu kereta Perodua Bezza cedera parah akibat dihempap struktur kren berkenaan semasa melalui kawasan tersebut.
Pada tahun lepas, JKKP telah menjalankan 14,786 pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di sektor pembinaan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 5,117 notis, 404 tindakan kompaun dan 73 kes pendakwaan telah dilaksanakan dengan jumlah penalti sekitar RM1.7 juta.
"JKKP memandang serius setiap kemalangan di tempat kerja sama ada melibatkan pekerja mahupun orang awam," menurut kenyataan itu.
JKKP menyatakan majikan mempunyai kawalan dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengambil langkah kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja bagi mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan atau penyakit pekerjaan.
"JKKP akan terus melakukan pemantauan di lapangan termasuk menggunakan aplikasi teknologi terkini serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak termasuk pemaju dan kontraktor yang didapati mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan," jelas kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Kemalangan yang berlaku pada awal pagi Isnin itu mengakibatkan tiga pekerja projek pembinaan maut, manakala seorang pemandu kereta Perodua Bezza cedera parah. - Gambar fail/ Astro AWANI
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
NIOSH akan menjalankan kajian terperinci bagi mengetahui punca insiden kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan Lebuh raya SUKE yang mengorbankan tiga nyawa, semalam.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi,sebelum keluar di Hulu Kelang.

'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang
Penduduk Pekan Ampang diminta tidak membuat demonstrasi untuk membantah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).