Sejarah bakal tercipta hari ini dalam sistem perundangan syariah negara, apabila Mahkamah Utama Syariah Perak bersidang buat pertama kali, sejak pengumuman penubuhannya dalam Dewan Undangan Negeri Perak 5 Dis 2018.
Sidang pertama itu akan dibarisi panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Asa'ari Mohd Yazid, mantan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, bagi mendengar permohonan kebenaran merayu melibatkan satu kes harta sepencarian.
Mohd Na'im yang juga Ketua Pengarah JKSM berkata, untuk rekod, Perak adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah, sekali gus mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di negeri itu.
“Sementara bagi negeri-negeri lain setakat ini hanya mempunyai tiga peringkat lapisan mahkamah, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah,” katanya ketika dihubungi Bernama, bagi menjelaskan mengenai penubuhan Mahkamah Utama Syariah itu.
Pewujudan Mahkamah Utama Syariah itu, selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Mohd Na’im berkata, bagi kes yang bermula di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah seperti kes tuntutan harta sepencarian dan kes tuntutan hadanah (hak jagaan anak), hak merayu hanya sekali sahaja, iaitu di Mahkamah Rayuan Syariah, sedangkan kebanyakan kes itu adalah berat dan nilai tuntutannya lebih tinggi.
“Dengan wujudnya Mahkamah Utama Syariah iaitu satu lagi lapisan mahkamah selepas Mahkamah Rayuan Syariah, pihak-pihak yang bertikai memperolehi dua kali peluang merayu, dalam memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Mohd Na'im berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
“Namun ia bergantung kepada perkenan Sultan, Majlis Agama Negeri-Negeri & Kerajaan Negeri,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020

Pewujudan Mahkamah Utama Syariah itu mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. --fotoBERNAMA

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Hasil kajian universiti bantu penghakiman Mahkamah Syariah
Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Asa'ari Mohd Yazid berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah lazimnya akan diguna pakai sebagai panduan oleh masyarakat.

Mahkamah Utama Syariah Perak beri kebenaran merayu dalam kes tuntutan harta sepencarian
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Asa'ari Mohd Yazid memulakan sesi pendengaran itu pada 3 petang.

Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini
Pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.