KUCHING: Pemergiaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disifatkan satu kehilangan yang besar buat Sarawak dan masyarakat Dayak secara keseluruhannya.
Bagi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, rasa kehilangan itu dapat dirasai apabila mendiang seorang pemimpin tegas yang memperjuangkan pembangunan negeri.
Bukan itu sahaja, jelas Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, mendiang telah membawa perubahan kepada masyarakat Dayak dan rakyat di luar bandar.
"Fokus perkhidmatannya adalah untuk membawa dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Masyarakat di luar bandar seperti Kapit banyak menerima limpahan pembangunan.
BACA: Abang Johari sebak, pemergian Masing satu kehilangan besar buat Sarawak
"Usaha dan kesungguhan mendiang yang cemerlang telah menjadi contoh terbaik kepada pemimpin seangkatan juga pemimpin pelapis Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pandangan sama turut diberikan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Janang Bungsu yang menyifatkan pemergian Masing satu kehilangan besar buat parti itu.
Katanya, PRS akan terus berjuang membela nasib rakyat dan hak Sarawak dengan membawa bersama semangat mendiang.
"Mendiang merupakan pejuang sebenar, pemimpin yang baik dan mentor untuk kami di PRS. Walaupun tegas dalam pendiriannya tetapi mendiang mempunyai hati yang sangat baik," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Janang berkata, dia sempat bersama-sama mendiang sekitar jam 5 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah Sarawak, Kuching.
BACA: James Jemut Masing meninggal dunia
BACA: James Jemut Masing positif COVID-19, kini dirawat di HUS
"Pagi tadi saya mendapat panggilan sekitar jam 5 pagi dan saya datang ke sini (Hospital Normah)... sempat melihat, bersama-sama dengan mendiang semasa dia menghembuskan nafas terakhir," ujarnya.
Terdahulu Masing dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.
Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.
Azizah Alwi, Afiezul Samit
Sun Oct 31 2021

Pemergiaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disifatkan satu kehilangan yang besar buat Sarawak dan masyarakat Dayak secara keseluruhannya.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Abang Johari, isteri beri penghormatan akhir kepada mendiang Masing
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tiba menghadiri majlis penghormatan akhir buat mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Masing bawa perubahan kepada kehidupan rakyat Malaysia - Madius Tangau
Mendiang Tan Sri James Jemut Masing telah membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat Malaysia sepanjang karier politiknya.

Orang awam boleh beri penghormatan akhir kepada Masing pada Rabu (3 Nov)
Masyarakat Sarawak boleh membuat penghormatan akhir kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing pada Rabu (3 November).

Pemimpin PSB sifatkan Masing pemimpin Dayak berkaliber
Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Ketua Pembangkang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh menzahirkan rasa sedih atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Pengebumian Masing tak perlu SOP COVID-19, jangan buat spekulasi - Polis Sarawak
Aidi berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Umum Sarawak berhubung punca kematian Masing.

Jasad mendiang Masing tiba di kediaman, penghormatan akhir dijangka selama tiga hari
Jasad mendiang Tan Sri James Jemut masing tiba di kediamannya di Jalan Ong Tian Swee, Kuching di sini sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Sifat pejuang dan tegas Masing jadi tauladan kepada pemimpin pelapis
Pemergiaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disifatkan satu kehilangan yang besar buat Sarawak dan masyarakat Dayak secara keseluruhannya.

Abang Johari sebak, pemergian Masing satu kehilangan besar buat Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak dapat menahan sebak ketika diminta memberi reaksi tentang berita duka pemergiaan Tan Sri James Jemut Masing.