Skip to main content

Malaysia

Sijil halal meragukan, AKPS Pelabuhan Klang sita daging kerbau bernilai RM413,728

AKPS membongkar cubaan menyeludup masuk 27,984 kilogram daging kerbau bernilai RM413,728.89 yang didapati mempunyai dokumen sijil halal meragukan di Pelabuhan Klang pada Jumaat.  -Foto Sinar Harian
AKPS membongkar cubaan menyeludup masuk 27,984 kilogram daging kerbau bernilai RM413,728.89 yang didapati mempunyai dokumen sijil halal meragukan di Pelabuhan Klang pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Advertisement

SHAH ALAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang menyita konsainan dagangan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari India di Pelabuhan Klang pada Jumaat lepas.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasaan pada 10.40 pagi mengesan ketidakpadanan antara dokumen sijil halal yang dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada permit import.

"Dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut. Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan di Facebook AKPS Port Klang hari ini.

Advertisement

Nik Ezanee berkata barangan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi tindakan lanjut dengan kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). 

Beliau turut menegaskan komitmen AKPS dalam mempergiat usaha penguatkuasaan dan memperkukuh kawalan di pintu masuk negara bagi membanteras ketidakpatuhan, manipulasi dokumen dan penyalahgunaan prosedur pengimportan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement