Sikap pemandu teksi dan aspek keselamatan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke ibu kota selepas tersenarai sebagai antara destinasi berpatutan untuk dikunjungi oleh sebuah laman pelancongan, TripAdvisor, baru-baru ini.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Hamzah Rahmat berkata ramai pemandu teksi bersikap 'acuh tak acuh' dan tidak menghormati penumpang selain tidak menggunakan meter.
"Pemandu teksi sebagai duta kecil negara seharusnya menunjukkan contoh yang baik dengan menghargai pelancong kerana ia adalah sebahagian daripada tugas mereka membawa penumpang ke destinasi sekali gus mempromosikan Malaysia kepada orang luar," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan lebih kerap bagi memastikan masalah yang sering dibangkitkan oleh penumpang itu diatasi segera.
Katanya pihak berkuasa juga disaran meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Kuala Lumpur tersenarai di tempat ketujuh sebagai destinasi berpatutan untuk dikunjungi bagi percutian singkat mengatasi Manila.
Menurut laman pelancongan itu, Hanoi, Vietnam dipilih sebagai destinasi paling berpatutan diikuti Warsaw, Poland serta Sham el-Sheikh, Mesir di tempat ketiga.
Sementara itu, pemilik Elaf Al Massa Travel & Tours, Awiah Maarip mencadangkan supaya lebih banyak 'factory outlet' yang dilengkapi dengan kemudahan hotel dan khidmat kenderaan shuttle diwujudkan untuk menarik kedatangan pengunjung.
Tambahnya, kawasan kem musim panas juga boleh diadakan di ibu negara yang mempunyai banyak tempat riadah untuk dibangunkan sebagai kem berkenaan.
"Penerbangan sewa khas dari negara Selatan Eropah seperti Rusia dan Kazakhstan juga perlu disediakan terutamanya pada musim sejuk kerana pengunjung dari negara terbabit mempunyai kuasa membeli yang tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Rashidi Hasbullah berkata pelbagai bentuk aktiviti telah dijalankan seperti Cuti-cuti Malaysia, promosi 1,001 Pakej, Promosi bersama KTMB untuk mendedahkan Malaysia khususnya Kuala Lumpur ke mata dunia.
Beliau berkata satu aplikasi dikenali 'Malaysia Trip Planner' telah dibangunkan bertujuan membantu pelancong mengenali tarikan unik, acara menarik dan perayaan sepanjang tahun di negara ini menerusi telefon pintar.
"Kementerian bersama majlis perbandaran turut berhasrat menjadikan bandar lain di negara ini sebagai destinasi berpotensi dengan menambah lebih banyak taman keluarga, pusat aktiviti dalaman dan luaran," katanya.
Bernama
Mon Jul 27 2015
Kuala Lumpur tersenarai di tempat ketujuh sebagai destinasi berpatutan untuk dikunjungi bagi percutian singkat mengatasi Manila.
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
Hamzah Rahmat dipilih semula Presiden FATA
Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA) hari ini memilih semula presiden Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Hamzah Rahmat sebagai Presiden FATA bagi penggal kedua.
Perhimpunan Bersih, Gerakan Baju Merah undang imej negatif
Penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah menjejaskan sektor pelancongan negara kerana ia memberikan imej negatif kepada pelancong luar yang berkunjung.
Tidak sesuai naikkan cukai lapangan terbang ketika ini - MATTA
Kenaikan caj perkhidmatan penumpang atau cukai lapangan terbang hanya akan menjejaskan kemasukan pelancong serta perjalanan domestik.
Netizen setuju cadangan beberapa penerbangan MAS beroperasi di klia2
Walaupun majoriti bersetuju, beberapa netizen tetap memilih KLIA kerana kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan bersih.
MATTA lancar laman web sendiri untuk pelancong buat tempahan
Datuk Hamzah Rahmat berkata laman web itu bertujuan untuk menangani saingan dari laman web pelancongan dalam talian yang lain seperti Expedia.
Tarik lebih pelancong, MATTA sambut baik insentif daripada kerajaan
MATTA berharap kerajaan dapat beri peruntukan kepada syarikat dan agensi pelancongan untuk mengadakan promosi di luar negara kerana kosnya yang sangat mahal.
Kerajaan bakal semak semula pemberian visa untuk tingkat pelancongan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata antaranya termasuk pelaksanaan visa elektronik dan semakan semula dan semakan semula pemberian visa kepada pelancong asing.
Sikap pemandu teksi, aspek keselamatan penting tarik pelancong ke KL
Sikap pemandu teksi dan aspek keselamatan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke ibu kota selepas tersenarai sebagai antara destinasi berpatutan untuk dikunjungi.
Pakej pelancongan domestik perlu dikecualikan cukai GST - Presiden MATTA
Presiden MATTA Hamzah Rahmat berharap cadangan pengecualian cukai terhadap pakej pelancongan domestik mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.
Pameran Matta 2015 sasar jualan lebih RM135 juta
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2015 dijangka menarik lebih 85,000 pelawat untuk edisi semasanya.