SHAH ALAM:Demi membanteras gejala rasuah yang masih belum berkesudahan, Sinar Harian mengambil inisiatif menubuhkan Sinar Rasuah Busters yang akan melibatkan sebahagian staf syarikat akhbar itu.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pasukan itu akan memberi fokus sepenuhnya untuk membanteras rasuah.
Pada masa sama, beliau turut mengajak semua rakyat Malaysia sama-sama menjadi rasuah busters, melaporkan setiap rasuah dikesan agar orang takut untuk memberi atau mengambil rasuah.
“Kita mahu bawa kehidupan dan harapan baharu untuk rakyat Malaysia. Kita mahu bawa integriti kerana segelintir orang sudah tidak percaya dengan kerajaan, polis, Imigresen, jabatan agama dan sebagainya.
“Oleh itu, kita mahu pulihkan sebab tenaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis tidak cukup. Rakyat kena jadi ‘polis tambahan’ dengan batas yang terhad, kena sentiasa hormati dan mengikut garisan undang-undang yang betul.
“Kita mahu mencipta sikap keprihatinan dan pencegahan. Ingin ditegaskan, kita bukan mahu mengambil alih tugas SPRM tetapi membantu membanteras dan menghapuskan rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Jumaat.
Tambah beliau, pihaknya mahu membanteras jenayah rasuah bermula dari bawah sebab ia sudah berakar umbi dan sudah menjadi sebahagian dalam ekosistem masyarakat.
“Ini sebuah gerakan daripada rakyat untuk basmi rasuah demi rakyat. Rasuah sudah banyak menyusahkan kita, barang jadi mahal dan sebagainya.
“Kita mahu semua mengambil peranan menjadi mata dan telinga untuk basmi serta hapuskan rasuah. Kita ajak semua orang ramai berkempen untuk hapuskan rasuah.
“Tanggungajwab ini bukan daripada SPRM sahaja. Setiap individu bertanggungjawab untuk bersama-sama perangi aktiviti tidak bermoral ini,” ujarnya.
Katanya lagi, buat masa ini, pasukan khas itu melibatkan kakitangan Sinar Harian dan selepas itu akan dibuka kepada orang awam secara keseluruhannya.
“Kita mahu ‘peperangan’ menentang rasuah sebab sudah berpuluh tahun ia berlaku namun rasuah semakin teruk.
“Jadi saya merasakan sudah tiba masanya Sinar Harian melibatkan orang ramai untuk membantu membanteras rasuah,” katanya.
Sinar Harian
Sat Jan 16 2021

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, pasukan itu akan memberi fokus sepenuhnya untuk membanteras rasuah.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Town Hall Rakyat bersama Fahmi Fadzil terbuka kepada semua
Town Hall Rakyat itu merupakan program terbaharu Sinar Harian dengan membawa konsep mendekatkan menteri dengan rakyat.

PRU15: Program Malaysia Berdoa solusi spiritual
Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters menganjurkan Program Malaysia Berdoa pada malam terakhir sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Majlis khatam al-Quran di Karangkraf esok
Bertemakan Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum, majlis akan diadakan di Kumpulan Karangkraf bermula jam 5 petang.

Jom meriahkan Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.

Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai
Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai hari ini.

Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam
Asiah Halim berkongsi cabaran kehidupan akibat terkesan pandemik COVID-19 di Talian Jiwa yang bersiaran di Astro Oasis.

Sinar Harian bertahan kerana berani papar kebenaran
Tempoh 15 tahun bukan sahaja mematangkan Sinar Harian, malah ia juga membantu akhbar tersebut mencipta kredibiliti yang tersendiri dalam industri media cetak.

Golongan, NGO profesional dipelawa sertai kempen Rasuah Busters
Golongan profesional dan badan-badan berkaitan dipelawa untuk berganding bahu bersama-sama menyertai kempen Rasuah Busters yang diushakan oleh Sinar Harian.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.