SERDANG: Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Puchong, Selangor pada 12.50 tengah hari, Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata susulan serbuan kerjasama di antara pasukan khas JSJN Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Kelantan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun turut ditahan dipercayai terlibat aktiviti menyimpan dan membungkus dadah di rumah berkenaan sejak awal tahun ini.
Beliau berkata jumlah dadah dirampas di rumah yang disewa itu adalah sebanyak 71 bungkusan plastik bertulisan 'TIE GUAN YIN' mengandungi 73.50 kilogram (kg) ketamin dan 300 bungkusan plastik bertulisan 'GUANYINWANG' mengandungi 308.691 kg syabu.
"Hasil siasatan polis juga mendapati suspek menggunakan kereta yang telah diubah suai but dengan anggaran kapasiti sehingga 80kg dapat dimuatkan bagi menyembunyikan dadah agar tidak dapat dihidu pihak berkuasa.
"Ruang tersebut berada di belakang tempat duduk belakang kereta tersebut dan hanya boleh dibuka menggunakan kad akses bagi membuka bahagian yang diubah suai itu setelah enjin dihidupkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.
Khaw berkata suspek akan menggunakan kereta yang diubah suai itu untuk membuat penghantaran dadah di pasaran sekitar Lembah Klang dengan upah RM6,000 bagi setiap penghantaran.
"Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencingnya juga negatif.
"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata turut disita harta benda yang dianggarkan bernilai RM37,500 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988 iaitu sebuah kereta jenis Hyundai Sonata dan wang tunai RM500, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan RM13,573,112.
Pihak JSJN percaya bahawa banyak rangkaian sindiket ini yang masih bebas terutama daripada kalangan pembekal, tambah beliau.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket ini diminta menyalurkannya kepada polis dengan menelefon JSJN di talian 012-2087222 bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Khaw berkata suspek akan menggunakan kereta yang diubah suai itu untuk membuat penghantaran dadah di pasaran sekitar Lembah Klang. - Gambar fail/Bernama
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Polis tumpas sindiket edar dadah guna peket minuman segera
Operasi melibatkan tujuh serbuan berasingan termasuk sebuah rumah teres dan tiga kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah.

Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta merampas dadah bernilai RM3.68 juta dalam operasi khas di daerah ini minggu lepas.

Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.

Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.

Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa serbuan di Butterworth dan di sini

Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan
Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan

Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.

Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.