AYER KEROH: Padah menawarkan peluang pekerjaan tidak wujud, sepasang kekasih warga tempatan antara tujuh individu yang terlibat dengan sindiket 'keldai akaun', dicekup pihak polis.
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas beberapa siri serbuan dalam operasi akaun palsu dilakukan Melaka dan Selangor pada 4 dan 5 Januari lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, sindiket terbabit dikatakan mengiklankan peluang pekerjaan di media sosial sebelum meminta pemohon menyerahkan kad mesin automatik, (ATM) dan nombor pin masing-masing.
“Setelah dia menawarkan peluang pekerjaan dia juga meminta kad ATM dan pin nombor. Daripada situ dia meminta orang yang ditawarkan pekerjaan tadi supaya mencari lain-lain kawan-kawan dia yang boleh memberi kad ATM dan juga pin nombor.
“Kad ATM dan pin nombor yang diberi ini bertujuan untuk akaun palsu ‘mule account’ akaun tumpang bagi kegiatan penipuan dan pembelian online,” katanya.
Beliau bercakap kepada media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang hari ini.
Tambah Abdul Majid, serbuan di Alor Gajah, Seri Kembangan, Kepong dan Kajang pada 4 dan 5 Januari lalu dilancarkan susulan laporan seorang tukang kebun berusia 30 tahun dan lima rakannya yang menjadi mangsa penipuan selepas menyerahkan kad ATM berserta nombor pin kepada sindiket terbabit pada 3 Januari lalu.
Dalam serbuan di empat lokasi terbabit ujarnya, sebanyak 58 kad ATM pelbagai bank, telefon bimbit dan sejumlah mata wang asing dirampas.
Polis jelasnya turut memburu dalang sindiket terbabit yang dipercayai seorang warga asing.
Beliau percaya sindiket itu menjalankan kegiatan penipuan sejak awal tahun lalu dengan mencari mangsa untuk dijadikan sebagai keldai akaun bagi membolehkan kegiatan penipuan dijalankan.
Dengan tumpasnya sindiket terbabit, polis berjaya menyelesaikan 36 kes penipuan di atas talian termasuk tiga di Melaka dengan kerugian sebanyak RM466,380.
Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.
Kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki, tiga wanita termasuk seorang wanita warganegara Vietnam berusia 21 hingga 40 tahun itu ditahan reman selama lapan hari bermula 4 Januari lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 11 2022

Abdul Majid berkata berkata, sindiket terbabit dikatakan mengiklankan peluang pekerjaan di media sosial sebelum meminta pemohon menyerahkan kad mesin automatik, (ATM) dan nombor pin masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.

Lima keldai akaun termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM180,962 dalam kejadian berasingan semalam.

Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.

Tipu pelaburan Bitcoin: Lelaki disyaki keldai akaun ditahan sebabkan kerugian RM129,970
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.

Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.