KUALA LUMPUR: Setakat bulan September, seramai 90 orang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia, sedang dalam proses dibawa pulang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 171 orang telah selamat dibawa pulang, manakala baki 88 orang lagi masih sedang dikesan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, Perwakilan-perwakilan Malaysia di empat negara yang terlibat, iaitu Kemboja, Myanmar, Laos, dan Thailand, akan terus bekerjasama dengan kerajaan negara tersebut bagi tujuan pengesanan dan penyelamatan mangsa yang masih di bawah kawalan sindiket itu.
“Tindakan yang diambil Perwakilan Malaysia termasuklah mendapatkan bantuan dan kerjasama pihak kerajaan negara terbabit, mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang terlibat bagi mengesan dan menyelamat, serta memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi membolehkan mereka pulang dengan selamat,” katanya lagi.
Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang mahu tahu langkah kerajaan bagi membantu warga Malaysia yang telah ditipu dan diculik oleh sendikit penipuan pekerjaan terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, Mohd Fasiah bertanya mengenai tindakan pencegahan yang diambil kementerian dan Kedutaan-Kedutaan Malaysia bagi membanteras kegiatan penipuan pekerjaan tersebut.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, angka rasmi mangsa ketika ini ialah 349 orang, termasuk yang sedang dikesan berdasarkan laporan dan aduan dari waris.
Beliau berkata, majoriti mangsa terpedaya dengan sindiket tersebut setelah dijanjikan pelbagai kemewahan dan gaji besar, termasuk ada yang pergi bercuti, namun terjerat dengan sindiket tersebut.
“Tapi ada juga segelintir tak mahu balik. Mengapa? Ini tak dapat saya ceritakan. Tetapi kita sentiasa nasihat rakyat Malaysia, dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga sudah mula mengadakan pesanan supaya rakyat Malaysia jangan terpengaruh.
“Kami panggil duta kami di Kemboja, ada pertemuan dengan media Malaysia, khususnya yang menggunakan Bahasa Mandarin, untuk terangkan masalah yang berlaku sehingga membolehkan majoriti mereka ini, tertipu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Oct 04 2022

Saifuddin berkata, angka rasmi mangsa sindiket penipuan kerja ketika ini ialah 349 orang, termasuk yang sedang dikesan berdasarkan laporan dan aduan dari waris.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.