JOHOR BAHRU: Sindiket penyeludupan yang terlibat dalam insiden bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 15 Dis lepas dan mengorbankan 21 pendatang tanpa izin, telah berjaya dikenal pasti.
Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata bagaimanapun beliau tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu berikutan ia masih dalam siasatan.
"Kita sudah kenal pasti sindiket yang terlibat dalam kejadian bot pancung karam ini namun disebabkan dalam proses tindakan susulan, saya tidak boleh maklumkan kepada tuan-tuan semua (pihak media).
"Saya tidak boleh beritahu dengan lebih terperinci (sama ada melibatkan sindiket Malaysia atau Indonesia), kalau maklumkan nanti (khuatir) perancangan kami untuk tindakan susulan akan gagal.
"Selepas itu kalau kami dapat kejayaan dan tekong-tekong terlibat, saya akan bawa (dedahkan) pada sidang media," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Khaw berkata setakat ini 19 jenazah daripada 21 warga Indonesia yang terkorban dalam insiden itu telah dihantar pulang ke republik tersebut melalui jalan laut manakala dua lagi masih dalam proses pengecaman.
Semalam, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan lapan jenazah dibawa pulang pada 4 Jan lepas dengan menggunakan Kapal Polis Air Indonesia iaitu KP Laksmana 7012, sekali gus menjadikan 19 jenazah telah dibawa pulang setakat ini.
Sementara itu, Khaw berkata kerjasama dan perkongsian maklumat khasnya Polis Kontinjen Johor dengan Polis Republik Indonesia (Polri) dengan dibantu agensi lain daripada kedua-dua negara telah membawa kepada kejayaan terutama Op Benteng sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata menerusi kerjasama itu, 137 serbuan telah dijalankan dengan penahanan 73 tekong yang terdiri daripada 30 warga tempatan, 43 Indonesia, dua Pakistan dan seorang Thailand.
"Daripada keseluruhan serbuan, sebanyak 29 kertas siasatan telah dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dengan 19 daripadanya telah dituduh melibatkan 38 tekong Indonesia dan kes masih dalam perbicaraan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Setakat ini 19 jenazah daripada 21 warga Indonesia yang terkorban dalam insiden itu telah dihantar pulang ke republik tersebut melalui jalan laut manakala dua lagi masih dalam proses pengecaman. - Gambar fail/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Sindiket penyeludupan terlibat insiden bot karam di Tanjung Balau dikenal pasti
Sindiket penyeludupan yang terlibat dalam insiden bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 15 Dis lepas dan mengorbankan 21 pendatang tanpa izin, telah berjaya dikenal pasti.