KUALA LUMPUR: Walaupun mempunyai risiko dijangkiti serta kesan jangkitan COVID-19 yang rendah berbanding golongan dewasa, golongan pediatrik perlu divaksin untuk mewujudkan perlindungan kelompok yang lebih teguh.
Jelas pakar vaksin merangkap Ketua Biologik Pharmaniaga Berhad, Dr Ajit Pal Singh, virus tersebut masih boleh membiak dan bermutasi dalam kalangan kelompok itu, dikhuatiri akan meningkatkan lagi kebolehjangkitan sekiranya perlindungan tidak diberi secara lebih meluas kepada kanak-kanak dan remaja.
“Seandainya semua golongan dewasa sudah divaksinasi pun, ketika ini di Malaysia sudah sekitar 90 peratus, virus itu akan tetap boleh berganda dalam kohort pediatrik dan menjadi reservoir untuk mereka.
“Apabila mereka (virus COVID-19) mempunyai peluang, mereka akan menjangkiti orang tua, mereka yang komorbid, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah termasuk kanak-kanak dan remaja.
"Jadi untuk menghentikan reservoir itu dan permutasian virus tersebut, kanak-kanak perlu divaksin.”
Kata Dr Ajit, ibu bapa tidak perlu risau akan kesan sampingan yang mungkin akan diterima anak-anak mereka kerana golongan ini secara amnya, hampir 80 peratus, menurut beliau, adalah asimptomatik atau kesan susulan yang sangat minimum.
Adapun yang akan mengalami kesan kritikal, katanya, hanya satu daripada 20,000 penerima vaksin daripada golongan 12 ke 17 tahun dilaporkan berlaku.
Pada masa sama, beliau menasihatkan supaya memilih vaksin sebaiknya, dalam erti kata mengimbangi antara keselamatan si penerima dengan perlindungan yang diperlukannya.
“Sinovac adalah sangat selamat untuk populasi pediatrik.
"China telah memvaksin lebih 250 juta kanak-kanak dan remajanya, dan kami melihat tiada kesan sampingan baharu dilaporkan atau yang lebih teruk dengan jenis vaksin ini.
“Anda tidak boleh memilih vaksin yang terlalu tinggi kadar imunogeniknya terhadap populasi yang mempunyai kesan ringan.”
Ketika ini, semua jenis vaksin telah diluluskan untuk diberi kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun sementara masih menunggu kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk kebenaran memvaksin golongan 3 hingga 11 tahun.
Kohort pediatrik turut akan diberikan dua dos suntikan tetapi jumlahnya lebih sedikit dan untuk meningkatkan kekuatan perlindungan sepertimana yang diberi kepada golongan dewasa, kanak-kanak dan remaja juga mungkin akan disaran untuk mengambil dos penggalak.
Begitupun, perkara tersebut masih dalam kajian untuk menilai keperluannya.
Tonton temu bual penuh Dr. Ajit dalam program Agenda AWANI, di sini:
Israr Khalid
Sat Jan 29 2022

Walaupun mempunyai risiko dijangkiti serta kesan jangkitan COVID-19 yang rendah berbanding golongan dewasa, golongan pediatrik perlu divaksin untuk mewujudkan perlindungan kelompok yang lebih teguh. -Astro AWANI
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.