KUALA LUMPUR: SIRIM Bhd menjalankan pelbagai peringkat ujian untuk mengesahkan proses serta memastikan produk akhir vaksin Sinovac yang diterima secara pukal dari China dan dibotolkan di sini melalui Pharmaniaga Bhd, selamat dan berkesan.
Pengurus Besar Pusat Penyelidikan Bioteknologi Industri SIRIM (IBRC) Dr Ahmad Hazri Ab Rashid berkata ujian yang diperlu dilakukan di Malaysia adalah sebahagian daripada proses pengesahan untuk mengumpul dan menilai data yang diberikan semasa peringkat reka bentuk proses sepanjang pengeluaran.
Ia bagi mendapatkan bukti saintifik seperti ketoksikan, kestabilan dan potensi produk pukal dan akhir untuk menjamin keselamatan dan kualiti.
Beliau berkata IBRC, yang kini menjalankan Ujian Keselamatan - Ujian Ketoksikan Abnormal dan Imunoassai (Potensi Relatif) serta ujian pada haiwan, telah menerima vaksin dua hingga tiga kumpulan setiap minggu sejak Mac lepas dalam kontena khas yang menjaga suhu pada dua hingga lapan Celsius.
"Vaksin itu kemudian dikumpulkan dan disimpan pada suhu bilik selama lebih dari dua jam sebelum disuntik pada tikus atau marmut untuk memeriksa tingkah laku, berat badan dan kematian yang tidak normal selama 24 jam hingga tujuh hari selepas suntikan untuk ujian ketoksikan yang tidak normal
"Sementara itu, bagi imunoassai, 14 hari selepas suntikan, kami akan mengeluarkan darah. Kit "Enzyme-Linked Immunosorbent Assay" akan digunakan untuk mengesan titer antibodi serum tikus terhadap vaksin rujukan," katanya kepada Bernama dalam temu ramah dalam talian.
Selepas itu, nisbah potensi relatif antara titer antibodi ujian dengan vaksin rujukan dos yang sama akan dikira.
Beliau berkata jangka masa yang diberikan kepada SIRIM untuk menjalankan ujian ketoksikan yang tidak normal adalah lapan hari sementara untuk imunoassai selama 14 hari.
Menjelaskan mengenai proses itu, beliau berkata Pharmaniaga melaksanakan proses pengisian ke dalam botol bebuli sebelum dilabel dan dibungkus.
Sampel bebuli akan diuji dengan teliti untuk diserahkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum dikeluarkan yang meliputi ujian potensi, ketoksikan, mikrobiologi, kimia dan ciri fizikal.
Dr Ahmad Hazri berkata bebuli vaksin akan dihantar kepada kerajaan untuk diedarkan ke pusat vaksinasi setelah diluluskan oleh NPRA dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dari segi pengesanan produk dan suhu penyimpanan bagi memastikan tiada kesilapan dalam proses vaksinasi.
Malaysia menerima 3,687,880 dos Sinovac pada 21 Jun.
Menyentuh mengenai vaksin COVID-19 buatan Malaysia yang kini berada di tahap pengklonan, Dr Ahmad Hazri berkata SIRIM berharap dapat menjadi sebahagian daripada program pembangunan vaksin itu.
"Kami berharap dapat menyokong kerajaan dengan menyediakan persekitaran kemudahan pengujian. Bagi vaksin baharu, akan ada lebih banyak ujian yang diperlukan bukan hanya ujian kimia dan fizikal tetapi juga ujian biologi dan praklinikal," tambahnya.
Dilaporkan, Malaysia sedang membangunkan dua vaksin COVID-19 dan vaksin yang sedang dibangunkan itu adalah vaksin mRNA dan vaksin yang tidak aktif dalam usaha meningkatkan kemampuan pembangunan vaksin negara bagi menghadapi pandemik di masa depan.
Dr Ahmad Hazri juga menegaskan bahawa SIRIM telah membangunkan kemudahan menjalankan pelbagai ujian dan terus bekerjasama dengan kerajaan, makmal ujian saintifik dan industri farmasi untuk memberikan sokongan perkhidmatan yang menyeluruh dan memastikan Malaysia dapat melakukan pembangunan program vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
![SIRIM laksana pelbagai ujian pastikan vaksin Sinovac selamat SIRIM laksana pelbagai ujian pastikan vaksin Sinovac selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624884818_Sinovacsvaccine.jpg)
Malaysia menerima 3,687,880 dos Sinovac pada 21 Jun. - Gambar fail/ Reuters
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
![Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
![Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738753006_TronohPaulYongCho.jpg)
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
![Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738751064_DatukMohdNaimMok.jpg)
Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.
![Sirim lantik Khairol Anuar sebagai pengerusi baharu Sirim lantik Khairol Anuar sebagai pengerusi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684813508_KhairolAnuarMohama.jpg)
Sirim lantik Khairol Anuar sebagai pengerusi baharu
Pelantikan dibuat bagi menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
![Pusat Inovasi Peranti Perubatan bakal pacu budaya inovasi syarikat tempatan Pusat Inovasi Peranti Perubatan bakal pacu budaya inovasi syarikat tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635730148_MDIC.jpg)
Pusat Inovasi Peranti Perubatan bakal pacu budaya inovasi syarikat tempatan
Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan industri dalam meneroka inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang.
![Waspada alat pengimbas suhu lebih murah dari harga pasaran - Rosol Waspada alat pengimbas suhu lebih murah dari harga pasaran - Rosol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41592176941_SOP.jpg)
Waspada alat pengimbas suhu lebih murah dari harga pasaran - Rosol
Peniaga diingatkan agar berwaspada jika membeli alat pengimbas suhu digital yang lebih murah daripada harga pasaran kerana dikhuatiri tidak berkualiti.
![Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491624662_lorrytyres.jpg)
Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan
Datuk Seri Nadzri Siron berkata kewujudan tayar celup tanpa pengesahan daripada pihak SIRIM yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen adalah berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.
![Alat jimat tenaga tanpa kelulusan Sirim bahaya Alat jimat tenaga tanpa kelulusan Sirim bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481294598_tnb.jpg)
Alat jimat tenaga tanpa kelulusan Sirim bahaya
Ismail Lathifi Teh berkata kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik yang tiada kelulusan Sirim ini berkualiti rendah.
![Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41439878552_datukhamzahzainudd.jpg)
Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi
Ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.