KUALA LUMPUR: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang berhadapan dengan hukuman mati di atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu merayu untuk meneruskan kehidupannya di Australia.
Dalam temu bual eksklusif dengan Al Jazeera English's 101 East yang disiarkan pada Jumaat, Sirul mendakwa, adalah berbahaya baginya untuk kembali ke Malaysia.
Sirul juga dalam masa sama memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya dan meminta pengampunan mereka.
Dia mendakwa tidak bertanggungjawab atas pembunuhan itu walaupun telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah tertinggi di Malaysia.
Dakwa Sirul, dia telah dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik selain mengaku menerima RM1 juta semasa berada di Australia daripada sumber yang tidak dinamakan untuk "menutup mulutnya."
Selain itu, Sirul turut membuat beberapa dakwaan serius yang belum disahkan terhadap beberapa personaliti terkemuka.
“Saya merayu kepada masyarakat di sini (Australia) untuk menerima saya.
"Saya berjanji kepada anak saya bahawa saya tidak akan pernah melanggar undang-undang di sini. Saya (akan) ikut semuanya. Saya sedar bahawa adalah benar-benar tidak selamat untuk saya kembali ke sana (Malaysia). Apa pun yang berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia. Saya harap masyarakat Australia menerima saya (untuk) siapa saya. Saya bukan orang yang jahat.
“Saya sayangkan Australia, dari hati saya, dari jiwa saya. Beri saya peluang kedua. Satu perkara lagi. Saya akan memohon maaf kepada keluarga Altantuya. Tolong maafkan saya. Itu sahaja,” katanya dalam wawancara pertamanya sejak dibebaskan dua minggu lalu dari pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney.
Sirul merupakan antara puluhan tahanan imigresen yang dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi Australia memutuskan bahawa penahanan imigresen tanpa had adalah menyalahi undang-undang.
Perkara itu sekali gus membatalkan keputusan 2004 bahawa bukan warganegara tanpa visa boleh ditahan selama-lamanya dengan syarat kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan mereka secepat mungkin.
Sirul berkata, sehari selepas dibebaskan, seorang pegawai polis Malaysia menemuinya bagi memaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal luar Australia telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk bertanyakan sama ada dia selamat di Canberra.
“Mereka memberitahu bahawa saya selamat. Tetapi saya benar-benar kecewa, lihat berita, semuanya buruk tentang saya. Jadi, masyarakat di sini benar-benar takut dengan saya. (Mereka fikir) Sirul berbahaya,” katanya lagi.
Australia tidak akan menghantar pulang Sirul ke Malaysia kerana undang-undang negara itu tidak membenarkan semua mereka yang berhadapan hukuman mati dihantar pulang ke negara asal mereka.
Altantuya ditembak di kepala pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor. Mayatnya kemudian diletupkan dengan bahan letupan.
Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri, disabitkan pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya.
Azilah kini dijatuhkan hukuman mati di Penjara Kajang.
Mereka berjaya membatalkan sabitan di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 memulihkan sabitan dan menjatuhkan hukuman mati.
Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir.
Dia telah ditahan di pusat tahanan itu sejak 2015 selepas ditahan polis Australia.
Permohonan pertamanya untuk suaka politik di Australia telah ditolak pada 2019.
Menerusi temu bual eksklusif dalam program 101 East, wartawan kanannya, Mary Ann Jolley telah mengikuti rapat kes tersebut dan menerbitkan beberapa siri eksklusif.
Beliau memenangi anugerah dalam laporan siasatan pada tahun 2015 menerusi episod "Murder In Malaysia" dan pada tahun 2019 menerusi episod "Malaysia: Power and Corruption" di mana kedua-dua episod itu telah meraih jutaan tontonan di peringkat global.
Temu bual eksklusif terbaharu itu disiarkan di Al Jazeera English jam 7.30 pagi tadi waktu Malaysia dan akan disiar ulang pada 5.30 petang ini, 12.30 tengah hari esok (Sabtu) dan 8.30 malam pada Ahad.
Azyyati Ahmad
Fri Nov 24 2023

Sirul memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan meminta pengampunan mereka.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah
Keluarga Altantuya Shaariibuu mendesak Kerajaan Madani menjalankan siasatan terperinci terhadap tuduhan yang terkandung dalam afidavit Azilah.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.

Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.

Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.

Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.

Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.

Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.