SHAH ALAM : Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabit kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu perlu mendedahkan dalang kes tersebut bagi menghentikan sebarang spekulasi.
Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, pendedahan itu penting supaya masyarakat mengetahui situasi sebenar termasuk kronologi kejadian.
“Terlalu banyak spekulasi dan yang sebenar-benarnya tahu mengenai kejadian itu adalah mereka yang terlibat sahaja.
“Sirul Azhar perlu dedahkan, tetapi yang menjadi tanda tanya, kenapa baru kini dia nak bagi keterangan selepas dijatuhkan hukuman.
“Kalau berani, dia (Sirul) kena balik Malaysia, buat laporan polis barulah siasatan dan proses perundangan yang lain boleh dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sirul Azhar Umar dalam temu bual eksklusif Al Jazeera English's 101 East pada Jumaat mendakwa, dia dijadikan kambing hitam dan mengaku menerima RM1 juta semasa berada di Australia daripada sumber yang tidak dinamakan bagi menutup mulut.
Beliau turut mendakwa dirinya mendapat arahan daripada ahli politik tertinggi untuk membunuh wanita berkenaan.
Sebagai respons kepada dakwaan Sirul, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguam bela & Peguam cara Shafee and Co menggesa Sirul untuk mendedahkan segala-galanya mengenai dalang di sebalik kes tersebut.
Justeru, ujar Shahul Hamid, keterangan mengenai situasi sebenar perlu dilakukan segera sama ada menerusi pembelaan keterangan dalam mahkamah atau membuat satu laporan polis baharu.
Jelas beliau, tindakan mengikut proses undang-undang itu dapat meredakan keadaan dan menenangkan semua pihak serta mengurangkan spekulasi tidak berasas.
“Mungkin pihak mahkamah (Malaysia) boleh buat keputusan untuk menarik terlebih dahulu hukuman gantung sampai mati kerana selagi ia kekal, selagi itulah kerajaan Australia tidak akan melepaskan dia (Sirul).
“Proses ekstradisi perlu dilakukan, barulah siasatan dan proses perundangan yang lain boleh diteruskan,” katanya.
Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan sabitan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya.
Model Mongolia itu ditembak di kepala pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.
Azilah kini berada di Penjara Kajang manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia terlebih dahulu dan ditahan di pusat tahanan imigresen negara itu.
Mahkamah Tinggi Australia pada November lalu memutuskan bahawa penahanan imigresen tanpa had adalah menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun Australia tidak akan menghantar pulang Sirul ke Malaysia kerana undang-undang negara itu tidak membenarkan individu yang berhadapan hukuman mati dihantar pulang ke negara asal. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 27 2023

Sirul Azhar Umar yang disabit kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu perlu mendedahkan dalang kes tersebut bagi menghentikan sebarang spekulasi.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.

Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.

Sirul perlu dedah dalang pembunuhan, hentikan spekulasi
Pendedahan itu penting supaya masyarakat mengetahui situasi sebenar termasuk kronologi kejadian.

Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.

Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.

Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.

Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.

Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.

Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.