Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap rakyat dapat menuju ke arah menjadi masyarakat tanpa tunai (cashless society) sebagai salah satu usaha membendung gejala rasuah.
Beliau berkata, sistem tanpa tunai berupaya menghalang aktiviti menyogok dan sebagainya kerana aktiviti transaksi melalui platform digital itu direkodkan bank dan lain-lain sistem.
“Inilah cara yang kita fikirkan dan saya yakin dengan cara ini rakyat akan dapat banyak manfaat dan kurangkan kos sara hidup mereka. Kerajaan akan fikir lagi tentang cara ini untuk perkenalkan 'cashless society'.
“Cash ini kadang-kadang menyebabkan mudah terjadinya rasuah dan sebagainya. Bila kita perkenalkan cashless, sukar mereka sogok menyogok rasuah kepada sesiapa kerana semuanya akan direkod, dalam bank dan lain lain sistem supaya kita dapat tahu siapa yang beri dan terima,” katanya ketika berucap semasa Pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had MY100 & MY50 di KL Sentral hari ini.
Beliau berkata, gejala rasuah perlu dibendung dengan apa cara sekalipun memandangkan ia juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.
“Kalau tak ada rasuah sudah tentu kos sara hidup berkurangan. Kalau kita lihat rasuah berleluasa, maka tiap satu kerja yang hendak kita lakukan, akan jadi lebih mahal kerana perlu bayar jumlah tertentu kepada pihak tertentu yang diberi kuasa luluskan satu permintaan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berharap agar masyarakat, sama ada individu, syarikat atau kumpulan tertentu dapat memberikan input atau cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk mengurangkan bebanan akibat kos sara hidup yang meningkat.
“Kalau ada pihak tahu macam mana kita boleh kurangkan, kita sedia terima dan kaji, kerana kalau semua nak beri percuma itu tak mampu.
“Tapi kalau ada cara, kerajaan akan terima dengan cara baik, sama ada dari individu syarikat atau mana mana kumpulan yang mencadang cara-cara mengurangkan kos sara hidup termasuk kos perjalanan dari satu tempat ke satu tempat dan kos barangan yang dijual di kedai dan pasar,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan sedaya upaya mengkaji pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu, sambil menambah mereka tidak mengharapkan agar rakyat berterima kasih selalu kepada mereka.
“Sepanjang masa Pakatan Harapan mencuba menolong rakyat walaupun kita tidak meminta supaya rakyat berterima kasih selalu kepada kerajaan, tapi bila ada pilihan raya fikir-fikir juga lah. Kita nak juga balasan (undi) kerana kita nak tolong rakyat lagi,” katanya dengan nada berseloroh.
Firdaus Azil
Sat Dec 01 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika gimik Pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had MY100 & MY50 di KL Sentral hari ini. - Foto BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.