IPOH: Sasaran untuk mengguna pakai secara menyeluruh sistem parkir tanpa tunai di Perak pada tahun ini belum tercapai susulan kekangan yang ada di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pada peringkat awal, pihaknya menjangkakan sistem itu boleh digunakan sepenuhnya mulai tahun ini, namun maklum balas daripada PBT menyebabkan ia terpaksa dilanjutkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri itu berkata, sehubungan itu pihaknya memberi kelonggaran dan ruang untuk pihak terbabit menggunakan cara konvensional, sebelum ia diwajibkan di negeri ini.
"Kita sudah ada PBT yang menggunakan sistem itu termasuk Park@Perak. Sebenarnya ia perlu diguna pakai oleh semua PBT, ia disyorkan begitu.
"Tetapi, ada PBT yang mengambil inisiatif sendiri atau mengikut keadaan semasa, kerana bukan semua tempat macam bandar raya Ipoh, di mana mereka bersedia menerima sistem cashless ini.
"Kalau kita berada di Majlis Daerah Selama contohnya, sistem ini mungkin menjadi satu masalah kepada penduduk.
"Proses untuk penggunaan sistem ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut daerah melalui PBT masing-masing.
"Semua PBT ada guna pakai sistem Park@Perak tetapi tidak menyeluruh. Maksudnya, masih ada sistem tiket atau syiling seperti di Teluk Intan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung penyelarasan sistem tersebut di negeri ini.
Ia susulan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mengaplikasi sistem ini di beberapa kawasan, selain warga Ipoh digalakkan memuat turun aplikasi Park@Perak sebagai persediaan pendigitalan sepenuhnya caj pembayaran tempat letak kereta mulai 2024.
Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata, pihaknya memahami keluhan dan kekangan yang dihadapi pihak tertentu berhubung sistem tersebut.
Justeru, katanya, kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya tempoh dua tahun lagi bagi sistem itu diguna pakai sepenuhnya.
"Mungkin mereka yang tinggal di kampung belum lagi sampai ke tahap itu (parkir tanpa tunai), tiada telefon pintar dan sebagainya, kita kena pertimbang perkara itu.
"Dalam masa dua tahun ini kita akan lihat sama ada perkara ini akan diwajibkan terus," katanya lagi.
Terdahulu, Nolee Ashilin hadir menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak yang dikenali sebagai Perak Box Office.
Aida Aziz
Tue Oct 04 2022
Kerajaan negeri memberi kelonggaran dan ruang untuk pihak terbabit menggunakan cara konvensional sebelum sistem parkir tanpa tunai diwajibkan sepenuhnya di Perak. Foto Park@Perak
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
Sistem parkir tanpa tunai: Tangguh guna secara menyeluruh di Perak, kekangan di PBT
Maklum balas diterima daripada PBT menyebabkan penggunaan sepenuhnya sistem itu terpaksa dilanjutkan.
Isu 'cashless parking': Zaman kupon, kertas akan berlalu - Datuk Bandar
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkara itu wajar dilihat secara menyeluruh.