KUALA LUMPUR: Cadangan sistem pendidikan satu aliran dapat mengurangkan perasaan perbezaan dan meningkatkan persefahaman dalam kalangan pelbagai kelompok masyarakat, kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail.
Menurutnya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Katanya, kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Salleh tentang isu pendidikan perlu dilihat dari aspek mengukuhkan integrasi sosial dalam kalangan pelajar.
"Pernyataan daripada Dr Muhamad Akmal juga penting dalam konteks pembinaan masyarakat yang harmoni dan bertamadun.
"Dengan menekankan pendidikan satu aliran, kita dapat mengurangkan potensi perpecahan dalam masyarakat khususnya dalam konteks perbezaan budaya, agama dan kepercayaan.
“Melalui pendidikan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keadilan dan kesaksamaan, kita dapat membentuk generasi muda yang lebih terbuka dan menerima perbezaan sebagai kekayaan yang mengukuhkan kekuatan kolektif,” kata Fariz Hazurin dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi komitmen bahawa pihaknya mendengar cadangan Dr Muhamad Akmal, yang menggesa kajian semula ke atas sistem pendidikan sekolah vernakular di negara ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, KPM kekal mengiktiraf sekolah vernakular dalam kerangka pendidikan kebangsaan, sekali gus memperkasa Akta Pendidikan 1996.
Cadangan Dr Muhamad Akmal hadir selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari menolak permohonan kebenaran merayu dikemukakan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Ini bermakna, penghakiman Mahkamah Rayuan pada 23 Nov tahun lepas, bahawa penggunaan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah berkenaan tidak dilarang di sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular, adalah kekal.
Dalam pada itu, Fariz Hazurin berkata, dengan mengekalkan satu aliran pendidikan, setiap individu akan diberi peluang yang sama untuk mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan mereka.
“Ini penting untuk memupuk negara yang inklusif dan progresif, di mana setiap rakyat merasa dihargai dan diiktiraf atas sumbangan dan potensi individu mereka.
“Oleh itu, adalah penting untuk kita menyokong Dr Muhamad Akmal dalam usahanya membawa perubahan positif dalam sistem pendidikan negara,” tambahnya.
Firdaus Azil
Thu Mar 14 2024
![Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710399590_FARIZHAZURIN.jpg)
Fariz Hazurin berkata, dengan mengekalkan satu aliran pendidikan, setiap individu akan mendapat peluang sama terhadap akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736081854_AkmalSaleh.jpg)
Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.
![Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711445676_DrAkmalSaleh.jpg)
Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh
Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormayi yang yang dinyatakan oleh parti.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
![Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735466107_Mashup.jpg)
Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726922429_SyedHussien.jpg)
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
![[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya [KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691812118_PilihanrayaHariMe.jpg)
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
![Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724856042_NassuruddinDaud.jpg)
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
![PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724499178_AkmalSaleh.jpg)
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
![Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16 Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724384330_perhimpunanagungum.jpg)
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
![Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724342066_TBNORAINIAHMAD.jpg)
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.