CYBERJAYA: Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan di Cyberjaya berjaya mengurangkan pelepasan kira-kira 7,000 tan karbon dioksida setahun, berbanding sistem pendingin tradisional, kata Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Dr Mohd Hafiz Ibrahim.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri forum yang membincangkan landskap tenaga di Cyberjaya bertajuk 'Mempercepatkan Kecekapan Tenaga Cyberjaya' di sini pada Jumaat, beliau berkata sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.
Beliau berkata sistem tersebut merupakan salah satu inisiatif Cyberview, selaku pembangun hab teknologi milik kerajaan, untuk menjadikan Cyberjaya bandar rendah karbon.
"Inisiatif ini antara rangka kerja standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Cyberview bagi pelaksanaan pembangunan lestari Cyberjaya, dalam tempoh lima tahun," katanya.
Dalam rangka kerja berkenaan, Mohd Hafiz berkata pihaknya memberi fokus terhadap kecekapan tenaga, bangunan mampan dan reka bentuk bandar, serta pengurusan sisa mampan kepada kecekapan dalam penggunaan tenaga.
Selain itu, beliau berkata penggunaan tenaga solar sebagai tenaga alternatif melibatkan penggunaan tenaga dalam bangunan, turut menjadi sebahagian fokus mereka untuk menjadikan persekitaran hijau dan lebih bersih di Cyberjaya.
"Sejak 2016, sebanyak RM5 juta telah dilaburkan untuk membangun dan memasang sistem solar di Cyberjaya, termasuk pemasangan panel solar di kawasan tempat letak kereta dan bumbung bangunan," katanya.
Mohd Hafiz berkata terdapat dua syarikat tempatan yang berminat untuk melabur dalam sektor pembangunan solar di Cyberjaya dan ia masih di peringkat perbincangan.
Bagi pembangunan pusat data pada masa akan datang, beliau berkata Cyberview akan memberi tumpuan kepada mobiliti pintar, digital kreatif dan juga penjagaan kesihatan pintar sebagai sebahagian usaha ke arah Cyberjaya menuju bandar pintar.
"Pada masa sama, kita mempunyai rakan strategik seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi Digital Investment Office (DIO), iaitu platform usaha sama digital dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), untuk memudah cara pusat data atau pelabur yang membuat pelaburan digital," katanya setakat ini terdapat 14 pusat data di Cyberjaya.
Meskipun mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berminat untuk membuat pelaburan digital di Cyberjaya, namun pihaknya perlu memilih syarikat yang layak serta mematuhi terma dan syarat ditetapkan, katanya.
"Terdapat kira-kira 500 ekar tanah untuk tujuan membina pusat data, namun kita perlu bersikap selektif dalam memilih pihak atau syarikat pelabur, kerana ia perlu berasaskan kepada strategik dan teknikal," katanya.
Mengenai forum hari ini, Mohd Hafiz berkata ia dianjurkan, bagi membincangkan hala tuju dengan pemain industri landskap tenaga berhubung rancangan kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga, selaras dengan aspirasi menjadikan Cyberjaya bandar rendah karbon menjelang 2030, yang diharap dapat memanfaatkan bandar itu dan ekosistemnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023

Mohd Hafiz berkata terdapat dua syarikat tempatan yang berminat untuk melabur dalam sektor pembangunan solar di Cyberjaya dan ia masih di peringkat perbincangan. - Foto BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun
Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.