ST menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perkara ini telah diterima melalui pemakluman rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Siti Safinah berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Perisian) daripada Universiti Multimedia, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Awam daripada Universiti Harvard.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation sejak Februari 2021, yang merupakan agensi tujuan khas di bawah PETRA yang ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif pembaharuan industri bekalan elektrik di Malaysia.
Siti Safinah juga pernah berkhidmat di Bahagian Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan di Dana Pelaburan Strategik Malaysia, Khazanah Nasional serta merupakan Ahli Lembaga di VCAP Asset Managers.
"Pada awal kerjayanya, Siti Safinah berkhidmat di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kumpulan Telekom Malaysia.
"ST mengalu-alukan kepimpinan Siti Safinah untuk membawa agenda ST sebagai badan kawal selia pembekalan elektrik dan gas berpaip Semenanjung ke tahap yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
