KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak dan Sabah menunjukkan perkembangan yang baik apabila tiada peningkatan mangsa secara mendadak setakat pagi ini.
Di SARAWAK, mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Limbang di utara Sarawak tidak menunjukkan peningkatan ketara apabila 128 orang daripada 36 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini berbanding 127 orang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharu berkata jumlah mangsa di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang bertambah menjadi 22 orang dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah mangsa di PPS lain tidak berubah dengan PPS di Dewan Kampung Ukong sebanyak 25 orang daripada tujuh keluarga, PPS Dewan Buloh Baloi 28 orang (tujuh keluarga), PPS Dewan Masyarakat Medamit 10 orang (tiga keluarga) dan PPS Dewan Kampung Bidang 43 orang (14 keluarga).
Paras air di 10 kampung yang terjejas banjir terus menunjukkan trend surut, menurutnya.
Di SABAH, dua PPS ditutup malam tadi sekali gus menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 5,236 orang daripada 1,450 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,156 daripada 1,633 keluarga, petang semalam.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, dua PPS yang ditutup ialah Dewan Mini Jinuin Jimin dan Dewan Terbuka Kampung Saga di Tenom, dengan kesemua mangsa banjir di pusat itu dibenarkan pulang selepas paras air di kawasan itu semakin surut.
Dengan penutupan dua PPS itu, jumlah mangsa banjir di Tenom kini berkurangan kepada 4,633 daripada 1,242 keluarga yang masih berlindung di 34 PPS berbanding 5,553 orang petang semalam.
Mangsa banjir di Beaufort pula kekal seramai 603 orang yang ditempatkan di empat PPS.
Banjir yang berlaku sejak Khamis akibat hujan lebat berterusan telah menjejaskan sebanyak 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Lama Tenom ketika tinjauan pada 22 Mei lepas. - Foto BERNAMA

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.