NIBONG TEBAL: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya telah melakukan pemantauan kualiti udara sejak semalam menggunakan alat penganalisis multitugas mudah alih untuk mengenal pasti gas-gas dan parameter pencemar yang wujud dengan mod cerapan (anggaran selang) setiap 30 saat.
"Pengukuran gas di SJKT Ladang Byram masih berlangsung dari awal pagi hingga kini dan IPU di situ menunjukkan berada dalam julat tidak sihat iaitu 112. Semua data gas yang dicerap dimaklumkan dalam mesyuarat bencana," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya jabatan itu akan meneruskan pemantauan di lokasi bersesuaian sehingga pemadaman kebakaran selesai dan bacaan kualiti udara yang stabil diperoleh.
Sharifah Zakiah berkata pihaknya turut menjalankan pemantauan di tujuh lokasi lain iaitu SJKT Ladang Changkat, Sekolah Kebangsaan (SK) Keledang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SK Methodist, Dewan MPKK Changkat; Surau Al-Mustaqim Bandar Cassia dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Saujana Indah.
Sementara itu Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi laman Facebooknya memaklumkan sebuah helikopter bersama tujuh pegawai dan anggota bomba telah menjalankan operasi pemadaman api menggunakan kaedah pengeboman air membabitkan 26 pusingan hari ini.
"Operasi hari ini bermula pukul 9 pagi dan tamat dua jam kemudian, sebelum disambung semula pada 2 petang hingga 3.30 petang membabitkan pengeboman air sebanyak 39,000 liter air. Sumber air adalah daripada sumber air terbuka," menurut kenyataan itu.
Semalam pihak JBPM turut menjalankan kaedah sama di kawasan berkenaan membabitkan 21,500 liter air.
Menurut JBPM, proses pemadaman api menjadi sukar kerana sampah terdiri daripada lapisan plastik yang menghalang air sampai ke punca api, selain cuaca panas sehingga 38 darjah Celsius dan angin kuat mencecah 10 hingga 20 kilometer sejam.
Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung diisytihar sebagai kawasan bencana tahap satu selepas kebakaran di situ mencemari kawasan sekitar dan berisiko terhadap kesihatan.
Terdahulu, tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.19 hektar itu dilaporkan terbakar pada 4.43 petang Rabu minggu lepas dan sehingga kini api belum dapat dipadamkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung diisytihar sebagai kawasan bencana tahap satu selepas kebakaran di situ mencemari kawasan sekitar dan berisiko terhadap kesihatan. - Gambar fail/BERNAMA
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

SJKT Ladang Byram catat IPU tidak sihat
Bacaan IPU di SJKT Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.