JOHOR BAHRU:Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor yang ditahan malam Rabu bagi membantu siasatan kes kartel daging sejuk beku, direman selama lima hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 11 Januari dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari selepas membenarkan permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tempoh reman berkenaan membolehkan kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat lanjut mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Kedua-duanya yang ditugaskan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di Iskandar Puteri, dekat sini, ditahan di Ibu Pejabat SPRM negeri kira-kira 11 malam tadi selepas disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan berkenaan.
Pada 2 Disember lalu, MAQIS membongkar kegiatan kartel itu yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.
BACA: Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor ditahan
Dalam perkembangan lain, empat individu lain terdiri daripada tiga pengarah syarikat dan seorang kerani yang turut direman selama empat hari, bersabit skandal sama sebelum ini, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.
Kesemua suspek berusia antara 39 hingga 50 tahun sebelum ini dikenakan perintah reman selama empat hari bermula isnin oleh Mahkamah Majistret di sini.
Ernalisa Othman
Thu Jan 07 2021

Tempoh reman berkenaan membolehkan kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat lanjut mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Astro AWANI

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.

Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
Isu tersebut telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus dituduh sekali lagi
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.

Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
Agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut SOP ditetapkan.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan.