ALOR SETAR: Sebanyak lapan jenis barangan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) diwartakan sepanjang tempoh sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2023 bermula dari 15 hingga 29 Januari ini.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, antara tersenarai di dalam lapan barangan itu adalah ikan bawal putih, udang putih dan bawang putih dari China.
"Selain itu barang berkenaan adalah ubi kentang import (China), kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing), babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi bahagian perut dan daging babi (daging dan lemak).
"Pihak penguatkuasa kita akan memantau dan kawal harga ini untuk tujuh hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan barangan keperluan di sebuah pasar raya di Alor Setar, pada Khamis.
Salahuddin berkata harga maksimum di peringkat runcit yang ditetapkan bagi ikan bawal putih ialah RM42 sekilogram manakala udang putih RM39 sekilogram, bawang putih RM8.50 sekilogram manakala ubi kentang RM4 sekilogram.
Sementara, kubis bulat ditetapkan pada harga RM4 sekilogram, babi hidup kawalan peringkat ladang sahaja RM15 sekilogram, daging babi bahagian perut RM36 sekilogram dan daging babi bahagian daging dan lemak RM25 sekilogram.
"Jadi saya harap tidak berlaku mana-mana peniaga ataupun premis yang didenda ataupun diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Berilah kerjasama supaya kita dapat untuk berikan sedikit kegembiraan kepada rakyat khususnya pada masa sekarang ini kita menghadapi isu kos sara hidup," katanya lagi.
Sementara itu, Salahuddin berkata pihaknya meminta pengguna terus membuat laporan sekiranya menghadapi masalah bekalan telur di kawasan mereka untuk tindakan segera diambil pihaknya.
Jelasnya, sepanjang Ops Terjah hanya di Jempol berlaku kekurangan bekalan telur.
Justeru beliau, telah meminta pegawai penguatkuasa membuat pemeriksaan serta-merta dan perkara itu akan diatasi dalam kadar segera.
Salahuddin berkata hasil daripada mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), isu berkalan telur dijangka akan selesai dalam tempoh tiga bulan lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 12 2023

Salahuddin membuat tinjauan barangan keperluan di sebuah pasar raya di Alor Setar, pada Khamis. - Foto Astro AWANI

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

Tindakan tegas terhadap peniaga gagal patuh SHMMP Deepavali 2023
SHMMP Deepavali 2023 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Ada peniaga di pasar Larkin Sentral jual daging melebihi harga maksimum - Salahuddin
Beberapa peniaga termasuk penjual daging di Pasar Awam Larkin Sentral, didapati menjual daging kerbau import, kambing import dan beberapa barangan lain melebihi harga yang ditetapkan.

KPDNHEP rekod 95 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum
Ia melibatkan 47 kes tiada tanda harga, tiada tanda harga khas merah jambu (18) dan menjual pada harga maksimum (30).

KPDNHEP akan umum 20 lagi barang kawalan
Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah tambahan kepada 12 barangan yang diumumkan pada 21 April lepas.

Pulau bebas cukai: KPDNHEP pantau harga barangan, perkhidmatan di Pangkor
Pemantauan telah dimulakan sejak awal Disember lalu dan akan diteruskan pada Januari tahun hadapan.