KUALA LUMPUR: Skim Perubatan MADANI yang menawarkan rawatan percuma bermula 15 Jun lepas sangat membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan B40 mengurangkan bebanan kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di pengamal perubatan swasta umum (GP) yang berdaftar.
Skim itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas merupakan satu daripada inisiatif kerajaan mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.
Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan merangkumi rawatan bagi demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi dengan peruntukan sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.
Tinjauan Bernama mendapati orang ramai menyifatkan Skim Perubatan MADANI amat membantu mereka mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera tanpa perlu bersesak di Klinik Kesihatan (KK) selain meringankan beban dan berharap skim tersebut diteruskan selepas tempoh tamat pada 31 Dis ini.
Di PERAK, seorang warga emas, Maimunah Abd Rahman, 60, melahirkan rasa syukur kerana kerajaan memperkenalkan skim itu yang secara tidak langsung memudahnya mendapat rawatan kesihatan dengan cepat.
"Skim ini dapat mengurangkan waktu menunggu berbanding di Klinik Kesihatan. Kita ketahui Klinik Kesihatan kadangkala sesak.
Di PULAU PINANG, seorang penerima STR, Mohd Syukor Mohd Sulaiman, 38, berkata skim itu dapat mengurangkan beban kewangan keluarganya.
"Bukanlah saya minta saya, isteri atau tiga anak sakit kerana nak dapatkan bantuan perubatan itu tapi sekurang-kurangnya kami dapat berjimat jika ada ahli keluarga yang tidak sihat dan perlukan rawatan di klinik atau hospital terutama ketika belum gaji.
"Saya kerja di kedai makan dan gaji tidak seberapa... ada anak kecil berusia dua tahun jadi bab sakit atau tidak sihat itu terutama demam dan selesema boleh kata kerap juga, jadi bantuan perubatan itu sudah tentu satu nikmat dan sangat membantu kami sekeluarga," katanya.
Di JOHOR, pesara swasta Mohd Ali Mohd Ekhbal, 58, menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan skim tersebut yang disifatkan berupaya membantu golongan pesara terutama golongan B40.
"Bantuan melalui skim perubatan terbaharu ini bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi pada masa yang sama membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan, cuma saya harapkan dalam masa yang terdekat ia akan dapat diperluas ke daerah yang lain selain Johor Bahru," katanya.
Di SELANGOR, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata skim berkenaan perlu diberikan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui manfaat serta akses kesihatan yang diterima oleh mereka.
"Skim tersebut bagus dalam memberi solusi untuk penyuraian pesakit luar di KK dan hospital kerajaan yang memerlukan rawatan cepat bagi kes akut antaranya demam, selesema, sakit kepala dan cirit-birit serta secara langsung mengurangkan waktu menunggu pesakit untuk menerima konsultasi daripada doktor," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperluas skim tersebut di bawah klinik kendalian anak syarikat namun ia perlu diteliti lebih lanjut kerana Selangor turut menganjurkan skim yang hampir serupa iaitu menerusi Program Iltizam Selangor Sihat dengan setiap penerima berdaftar golongan B40 mendapat RM500 bagi kategori keluarga dan RM250 untuk individu.
Di SARAWAK, pekerja swasta, Dexter McQueen, 42, berkata inisiatif itu juga dapat mengurangkan jumlah pesakit yang menerima rawatan di KK serta mengurangkan bebanan doktor.
"Sekurang-kurangnya doktor di Klinik Kesihatan boleh fokus merawat mereka yang amat memerlukan seperti warga tua dan ibu mengandung serta kes-kes kesihatan yang lebih berat.
"Ini adalah langkah dan usaha yang baik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini secara keseluruhannya," katanya.
Daerah terlibat program rintis Skim Perubatan MADANI ialah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Skim Perubatan MADANI yang menawarkan rawatan percuma bermula 15 Jun lepas sangat membantu penerima STR dan golongan B40 mengurangkan bebanan kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.