PUTRAJAYA: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memperincikan Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau dalam kenyataan berkata JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 pada Sabtu.
Anwar mengumumkan Skim Perumahan MADANI akan diwujudkan untuk membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik atas tanah rizab Melayu dalam kadar segera bagi menjamin kesejahteraan kaum itu di bandar.
Zaliha berkata pelaksanaan projek dan inisiatif di bawah penyeliaan JWP dan agensi terlibat khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan akan dipadankan dengan tiga isbat KEB 2024 dalam usaha memperkasa pembangunan dan kemajuan bumiputera.
Beliau berkata menerusi isbat itu, golongan bumiputera, khususnya di Wilayah Persekutuan akan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dalam mendepani cabaran dan peluang masa hadapan.
Tiga isbat yang digariskan adalah memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial.
Selain itu, Zaliha berkata JWP juga akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk melatih seberapa ramai pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan golongan miskin tegar khususnya bumiputera, agar mereka menerima tawaran pekerjaan sesuai dengan kemahiran masing-masing seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.
Beliau berkata inisiatif itu akan diletakkan di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) menerusi inisiatif Upaya@PUJI termasuk menyediakan program untuk golongan rentan supaya dapat keluar daripada kemiskinan.
Zaliha berkata JWP juga akan memudah cara mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam merealisasikan isbat dan inisiatif yang digariskan dalam KEB 2024 jika berkaitan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sesuai dengan pendekatan "whole of nation" atau pendekatan senegara yang digariskan dalam Pelan Tindakan Hala Tuju Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata JWP berterima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mengumumkan kepelbagaian dana dan inisiatif bagi pembinaan dan penzahiran bumiputera, khususnya warga bumiputera di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan serta berikrar akan mendukung aspirasi KEB.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Dr Zaliha berkata pelaksanaan projek di bawah penyeliaan JWP dan agensi terlibat khususnya DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan akan dipadankan dengan tiga isbat KEB 2024. - Gambar fail/Facebook Dr Zaliha Mustafa
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.