KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju supaya skop pengecualian cukai perkhidmatan antara perniagaan (B2B) perkhidmatan logistik diperluaskan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mengumumkan perkara itu ketika berucap pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pengecualian tersebut adalah untuk mengurangkan insiden cukai berganda atau kesan melata daripada pengenaan cukai atas cukai bagi beberapa lapisan rantaian bekalan logistik.
"Sebagai contoh, dengan peluasan skop pengecualian B2B ini, penyedia perkhidmatan penghantaran fret bukan sahaja mendapat pengecualian ke atas perkhidmatan fret tetapi turut layak mendapat pengecualian ke atas perkhidmatan lain seperti penggudangan, pelabuhan, perkapalan, dan kemudahan rantaian sejuk yang berada dalam butiran sama dengan perkhidmatan fret tersebut," katanya ketika sesi penggulungan tersebut.
Sehubungan itu, Amir Hamzah berkata penyedia perkhidmatan logistik yang baharu berdaftar diberi tempoh sebulan persediaan dan akan hanya mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus mulai 1 April tahun ini.
"Kementerian Kewangan berharap layanan khas yang diberikan ini dapat terus menyokong pertumbuhan sektor logistik negara dan pada masa yang sama memastikan pengguna termasuk peniaga tidak terbeban," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kewangan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri terutamanya daripada sektor logistik bagi memuktamadkan pindaan ke atas Garis Panduan untuk membolehkan ia dikuatkuasakan.
Selain itu, katanya, kerajaan memahami keperluan pemain industri untuk mempunyai masa yang mencukupi dalam meminda sistem pengkomputeran mereka.
Amir Hamzah berkata kerajaan telah memberi pengecualian cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan logistik bagi barang yang dieksport terus; perkhidmatan logistik aktiviti pindah kapal; perkhidmatan logistik aktiviti transit; perkhidmatan logistik door-to-door (penghantaran terus kepada penerima); dan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman melalui e-dagang, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada 25 sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk sektor logistik sebelum pelaksanaan perubahan cukai tersebut.
Menurutnya, bagi mengurangkan impak negatif kepada operasi harian aktiviti logistik, kerajaan juga telah memberi kemudahan pengecualian B2B yang mana penyedia perkhidmatan logistik tidak perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas perolehan komponen perkhidmatan logistik yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sesi penggulungan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

Pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary dibatalkan ketika Muhyiddin jadi PM - Peguam
Isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary dibuat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.

Skop pengecualian cukai perkhidmatan sektor logistik diperluas untuk kurangkan kesan cukai berganda
Kerajaan hari ini bersetuju supaya skop pengecualian cukai perkhidmatan antara perniagaan (B2B) perkhidmatan logistik diperluaskan.

Kelulusan segera bagi penjawat awam pindah kenderaan dari Langkawi, Labuan
Dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.

Tiada lagi pelepasan cukai untuk pencarum SSPN tahun ini
Bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.

Isu batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Guan Eng tuntut Muhyiddin mohon maaf
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.

e-Sukan: Kertas cadangan pengecualian cukai pendapatan wang kemenangan hampir siap - KBS
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.

Prospek sektor automotif lebih cerah jika pengecualian cukai dilanjutkan lagi
Pengecualian cukai itu akan berakhir 30 Jun 2022 setelah beberapa kali dilanjutkan sejak diperkenalkan pada 2020.