Pengundi yang mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dijangka kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil N58 Slim yang berlangsung pada Sabtu.
Kajian yang dibuat oleh lham Centre mengenai pola pengundian dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan Slim mendapati, BN akan memperoleh kemenangan yang besar.
Dapatan daripada kajian bertajuk 'BN dijangka menang besar, calon pejuang lebih terampil' itu dijalankan melalui survei dan temubual individu dan berkumpulan (FGD) bermula 7 hingga 27 Ogos lalu mengenai pola pengundian dalam kalangan penduduk tempatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Ia melibatkan pemilihan 502 responden sebagai sampel dalam kajian yang dilalukan secara tatap muka di Slim.
Pensampelan responden dibuat melalui persampelan rawak berstrata melalui semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan mengambil kira demografi yang dapat mewakili kawasan kajian di Slim.
Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 23,094 pengundi awam dan
pengundi awal serta pengundi pos layak membuang undi mereka dalam pilihan raya kecil itu.
Perubahan pola pengundian
Kajian Ilham Centre terhadap 6,144 pengundi mendapati perubahan pola pengundian boleh berlaku berikutan keadaan politik dan prestasi PH.
"Dalam kajian ini, kami cuba mendalami bagaimana psikologi pengundian dalam kalangan 6,144 pengundi yang mengundi PH dalam PRU 14 yang lalu.
"Menariknya dalam dapatan kajian kami, bagi penyokong BN yang dahulunya mengundi PH menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan kembali menyokong BN kali ini. Ini kerana pada persepsi mereka, kerajaan di bawah PH gagal membawa perubahan yang diharapkan.
"Tidak melaksanakan manifesto, menghapuskan beberapa subsidi penting orang Melayu antara hujah yang menyokong segmen pengundi ini untuk mengubah pola sokongan mereka," kata kajian itu.
Perubahan kerajaan beri ruang pada pembangkang
Kajian Ilham Centre turut mendapati pengundi Cina di Pekan Slim dan Sungai Slim Utara berbelah bahagi walaupun kecewa dengan prestasi PH semasa memerintah.
Namun langkah mengambil alih kerajaan sebelum tamat penggal pemerintahan memberi ruang kepada pembangkang (PH).
"Responden etnik Cina menyatakan kemungkinan anak-anak mereka yang berada di luar kawasan tidak balik mengundi kerana tiada faktor mendesak.
"Selain itu, pengundi Cina menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, malah ada yang percaya apa yang berlaku pada politik sekarang adalah atas perancangan beliau.
"Dengan persepsi meluas ini, kami tidak dapat membaca dengan jelas ke mana hala tuju undi kaum Cina di dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) ini yang mana dahulunya menyumbang kepada undi terbesar kepada calon PH," jelas kajian itu lagi.
Naratif Melayu - Islam dominasi pengundi luar bandar
Mengenai pergolakan politik ketika ini, kajian Ilham Centre juga mendapati naratif Melayu-Islam mendominasi pola pengundian.
"Tumpuan perbincangan di kalangan pengundi Melayu lebih tertumpu kepada penyatuan dua parti terbesar Melayu iaitu antara UMNO dan Pas.
"Perkara ini kami temui sangat dominan dengan naratif kuasa kerajaan Melayu-Islam kini melegakan orang Melayu seolah-olah keluar daripada belenggu sengsara pemerintahan PH selama 22 bulan itu," kata Ilham Centre.
Bagaimanapun, terdapat sentimen dalam kalangan pengundi berhubung perubahan kerajaan PH kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak memberi impak kepada pengundi.
"Sebaliknya mereka (pengundi) berasa sangat selesa dengan pentadbiran yang dikatakan kerajaan Melayu-Islam. Mereka menyalahkan PH yang gagal membela agenda Melayu-Islam ketika mereka di puncak kuasa.
"Tambah menarik lagi, kami (Ilham Centre) mengenal pasti elemen serangan kepada DAP yang digambarkan sebagai parti yang tidak sensitif dengan sentimen pengundi Melayu," katanya.
Kajian turut mendapati naratif berbaur agama dan sentimen Melayu menebal dan melabar pada segmen pengundi Melayu terutama di kawasan perkampungan Felda dan kampung tradisi di DUN itu.
Kekuatan calon dan isu
Isu yang dibawa oleh PH pada PRU-14 yang lalu juga didapati tidak lagi dapat menarik golongan itu.
"Jentera (parti) Pejuang yang dibantu oleh PH cuba mengalih semula ke tajuk yang memangkin
sokongan kepada PH dalam PRU14 lalu dengan tema rasuah, kleptokrasi, kerajaan pintu
belakang dan seputar isu-isu yang panas di Parlimen.
"Kami dapati tiada lagi keterujaan (excitement) dalam kalangan pengundi pada tema-tema sedemikian," tegas Ilham Centre lagi.
Rumusan kajian juga mendapati calon BN mempunyai peluang untuk mengekalkan kerusi DUN itu disebabkan atas demografi pengundi.
Bagaimanapun, ia dilihat tidak menguji kemampuan Mohd Zaidi Aziz (BN) berbanding calon Pejuang yang dilihat lebih menonjol.
"Sekiranya disukat pada kayu aras kewibawaan calon, Amir Khusyairi lebih menonjol berbanding Mohd Zaidi. Menariknya, pertembungan dua anak tarbiah PKPIM/ABIM semasa di kampus membawa wadah dan aspirasi perjuangan yang berbeza di alam politik.
"Sekiranya Amir Khusyairi mampu mengekalkan undi yang diperoleh PH ataupun tidak hilang
wang pertaruhan, maka ianya boleh dianggap satu kejayaan buat parti Pejuang dalam menempatkan mereka sebagai sebuah parti baharu dalam landskap politik negara," kata Ilham Centre.
Dari sudut jumlah undi, Pejuang jelas kajian akan memberi skala pemberat kepada penerimaan pengundi meskipun dijangka didominasi oleh Muafakat Nasional.
Manakala calon ketiga, Santharasekaran Subramaniam seorang bekas guru dilihat tenggelam dan tidak mampu memberi saingan terhadap dua calon itu.
Namun begitu, usaha Santharasekaran menurut kajian boleh dianggap sebagai meraikan ruang demokrasi yang wujud dalam politik di negara ini.
Fareez Azman
Fri Aug 28 2020

Seramai 23,094 pengundi awam dan pengundi awal serta pengundi pos layak membuang undi mereka dalam PRK Slim yang akan berlangsung esok.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).