Pengundi tertua di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, M. Renggaiyah, 96, mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak di Trolak Pekan, hari ini.
Dia tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 8.30 pagi menaiki kerusi roda yang ditolak anak angkatnya Mohd Riduan Jalil, 58.
Seperti pengundi lain, bekas home guard itu turut melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) termasuk saringan suhu badan.
“Mesti mahu pergi mengundi, tak boleh terlepas, mengundi dulu lepas itu baru balik sambung kerja,” katanya ketika ditemui selepas ketika meninggalkan pusat mengundi kira-kita jam 9 pagi.
Renggaiyah yang tidak pernah gagal mengundi sejak berpindah ke Trolak 60 tahun lalu turut menceritakan keterujaannya untuk keluar mengundi.
Dia bangun seawal jam 5.30 pagi, mandi dan sarapan nasi lemak bersama coklat panas, sebelum ke pusat mengundi yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak mendapati pengundian berjalan lancar.
Selain kemudahan kerusi roda pihak SPR turut menyediakan buggy untuk membawa pengundi uzur dan warga emas.
Hasimi Muhamad
Sat Aug 29 2020

Renggaiyah tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.30 pagi menaiki kerusi roda yang ditolak anak angkatnya Mohd Riduan Jalil. -Astro AWANI

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Slim Memilih: Kemenangan besar BN cerminan kesepakatan jentera parti - Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim disifatkan sebagai cerminan kesepakatan antara jentera parti.

Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar
BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan selesa.

Slim Memilih: Pengundi tertua tunai tanggungjawab
Dia tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 8.30 pagi menaiki kerusi roda yang ditolak anak angkatnya Mohd Riduan Jalil, 58.

Slim Memilih: 8 peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi
Dianggarkan seramai 1,820 daripada 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

LAPOR LANGSUNG: BN kekalkan kerusi DUN Slim
Hari ini, 22,749 pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim akan keluar memilih calon yang bakal memperjuangkan nasib mereka.

Slim Memilih: Lebih 600 petugas kendali PRK DUN - Pengerusi SPR
Seramai 689 petugas dilantik SPR bagi mengendalikan proses pengundian PRK DUN Slim esok, yang melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran, kata Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Slim Memilih: SPR harap 85 peratus keluar mengundi
Datuk Abdul Ghani Salleh berharap keputusan rasmi PRK DUN Slim dapat diketahui selewat-lewat pada pukul 9 malam, 29 Ogos.

PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini
SPR meminta agar semua yang terlibat pada hari tersebut tidak mengabaikan undang-undang, peraturan dan SOP pencegahan COVID-19 semasa hari pengundian.

Slim Memilih: Undi awal bermula 8 pagi
Proses pengundian awal akan berlangsung sehingga 5.30 petang ini, membabitkan seramai 267 pengundi awal polis akan mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu di DUN tersebut.

Slim Memilih: Lebih 50 peratus pengundi wanita, dan ini harapan mereka ...
Sejumlah 50.4 peratus daripada 23,094 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan pengundi wanita.