Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 menyatakan perbadanan perusahaan kecil dan sederhana itu merekodkan baki debit tersebut untuk geran tertunda bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus pada akhir tahun kewangan 2023.
"Geran tertunda yang dilunaskan ini berjumlah RM73.81 juta, melebihi jumlah asal yang diberikan iaitu RM65.85 juta pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)," menurut laporan berkenaan.
Bagaimanapun, kata laporan tersebut, SME Corp tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk berbelanja melebihi peruntukan.
Laporan audit itu turut mengingatkan SME Corp supaya mengambil perhatian terhadap usaha menambah baik kaedah pengurusan geran dengan mengakaunkan geran mengikut program yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan geran dibelanjakan mengikut maksudnya.
"Pada masa yang sama, SME Corp perlu memastikan baki geran pembangunan tanpa komitmen bagi RMK-10 dan RMK-11 dipulangkan kepada Kementerian Kewangan sekiranya tidak mendapat kelulusan Notis Perubahan.
-- BERNAMA
