Selalunya jika cuti umum, di Jalan Tuanku Abdul Rahman terutama di hadapan pusat membeli belah Sogo, seawal jam 10 pagi keadaan masih lengang.
Tetapi hari ini, sebelum jam 10 pagi, di hadapan Sogo, ramai orang, lebih kurang 200 orang, sudah mula berkumpul.
Mereka datang dari seluruh negara, ada yang tiba malam tadi dan ada yang sampai pagi tadi, semuanya datang untuk menyertai Himpunan 1 Mei membantah pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diadakan di Jalan Raja petang nanti.
Himpunan ini dianjurkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan disokong oleh Pakatan Rakyat serta PSM.
Polis memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Himpunan 1 Mei untuk menggunakan Jalan Raja yang terletak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan.
Selain Sogo, peserta himpunan juga berkumpul di beberapa lokasi lain antaranya Masjid Negara, KLCC dan Dataran Maybank.
Irwan Muhammad Zain
Thu May 01 2014

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Polis ucap terima kasih walau ada langgar peraturan
Polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sikap toleransi dan bekerjasama mereka semasa Himpunan Bantah GST.

Lebih 20,000 peserta berhimpun Bantah GST
Dianggarkan lebih 20,000 peserta berhimpun membantah GST di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad setakat pukul 4 petang.

Sogo belum buka, peserta Himpunan 1 Mei sudah berkumpul
Perkembangan terkini perhimpunan Bantah GST oleh Irwan Muhammad Zain yang berada di sekitar pusat membeli-belah Sogo.