KUALA KANGSAR: Setelah menimbangkan pelbagai perkara berdasarkan sembah taklimat, cadangan dan permintaan yang disuarakan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merumuskan ketetapan-ketetapan mengenai prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau di Perak, apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.
Baginda bertitah, mulai solat Subuh 1 April, solat fardu, Jumaat dan jenazah boleh dilaksanakan tanpa jarak fizikal dengan bilangan jemaah yang dibenarkan mengikuti keluasan ruang masjid atau surau.
Bagaimanapun, titah baginda, solat Jumaat hanya boleh dilaksanakan di masjid dan surau diri Jumaat (SDJ).
“Walau bagaimanapun, demi melindungi keselamatan para pelajar, terutama yang berada di sekolah asrama penuh, pengetua sekolah dan pusat-pusat pengajian sama ada universiti, maktab dan kolej, diberikan budi bicara masih boleh mengadakan solat Jumaat dalam surau, bangunan atau kawasan institusi masing-masing,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena sesi sembah taklimat aktiviti masjid dan surau di negeri Perak fasa peralihan ke endemik di sini, hari ini.
Sultan Nazrin bertitah, baginda amat memahami hasrat umat Islam untuk meningkatkan aktiviti keagamaan dan ibadah secara berjemaah dan berkumpulan terutama dalam bulan Ramadan.
“Pada masa yang sama beta juga wajib memenuhi tanggungjawab lebih besar kepada pelbagai konstituen di dalam negeri.
“Beta perlu memperingatkan akan beban tanggungjawab berat yang dihadapi oleh para petugas barisan hadapan terutama petugas-petugas sektor kesihatan sejak lebih dua tahun lalu,” titah baginda.
Titah Sultan Nazrin, baginda perlu memikirkan kesan kepada sistem pendidikan dan pembelajaran anak-anak sekolah yang terjejas.
Baginda juga perlu memastikan kegiatan ekonomi dan sumber hidup rakyat terutama para peniaga, pengusaha dan pekerja sendiri, tidak lagi terpaksa dihentikan.
“Untuk itu beta perlu mengimbangkan antara memperkenankan tahap kelonggaran dengan faktor risiko, demi mengelak daripada berlakunya satu gelombang baharu,” titah baginda.
Baginda bertitah, walaupun Perak lazimnya menetapkan 20 rakaat solat Tarawih, dalam tempoh peralihan ini, jawatankuasa dan pegawai masjid boleh menggunakan budi bicara untuk menentukan bilangan rakaat, bagi meminimumkan risiko jangkitan.
Bagaimanapun, titah baginda untuk meminimumkan tempoh pendedahan jemaah kepada udara yang terperangkap dalam bangunan, tazkirah yang dibenarkan selepas solat witir hendaklah tidak melebihi 30 minit.
Baginda bertitah, program qiamullail dan iktikaf pada waktu malam di masjid dan surau dibenarkan dengan mengambil langkah-langkah preventif jangkitan berpandukan nasihat Jabatan Kesihatan.
Dalam masa sama, baginda berkenan membenarkan Tadarus Al-Quran, kuliah dan kelas pengajian di masjid dan surau.
Baginda turut berkenan membenarkan hidangan berbuka puasa (iftar), hidangan selepas tarawih (moreh) dan hidangan sahur di masjid dan surau, dengan penyediaan makanan bungkus dan tidak dibenarkan secara hidangan terbuka, terutama selepas Tarawih.
Tambah baginda, apabila mendapat laporan dan maklumat, serta perakuan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan, bahawa angka jangkitan di kawasan tertentu dianggap kritikal, Pegawai Tadbir Agama Daerah setelah berunding dan mendapat persetujuan Orang Besar Jajahan atau Pegawai Daerah, boleh mengeluarkan arahan menggantung mana-mana masjid dan surau daripada kelonggaran SOP yang diperkenankan ini, dan mengenakan peraturan SOP untuk tempoh tertentu, berpandukan nasihat MKN dan Jabatan Kesihatan.
“Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak hendaklah mengeluarkan pekeliling terperinci kaedah dan tata cara pengurusan aktiviti di masjid dan surau, merangkumi perkara-perkara menyentuh tahap kebersihan dan sanitasi, memastikan secara harian berlaku putaran udara bersih dalam bangunan, serta perkara-perkara yang masih perlu dipatuhi oleh para jemaah semasa berada di bangunan masjid dan surau seperti memakai pelitup muka dan digalakkan membawa sejadah sendiri, untuk meminimumkan risiko jangkitan,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, aktiviti-aktiviti, pengurusan dan kesan terhadap perkara-perkara yang diperkenankan hari ini, akan dipantau secara teliti terutama oleh MKN dan Jabatan Kesihatan dengan bantuan dan kerjasama Orang Besar Jajahan, Pegawai Daerah, dan Pegawai Tadbir Agama.
“Persembahkan kepada Beta laporan secara berkala. Outcome daripada kelonggaran awal ini, akan menjadi penentu dan panduan kepada aktiviti yang akan diperkenankan untuk menyambut Hari Raya yang akan Beta umumkan pada waktu yang sesuai, setelah Beta berpuas hati bahawa risiko jangkitan berjaya diminimumkan dan dapat dibendung secara berkesan,” tambah baginda.
Baginda turut menitahkan Orang Besar Jajahan dan Pegawai Tadbir Agama Daerah berperanan aktif menyedarkan rakyat akan pentingnya ditingkatkan daya tahan tubuh atau imuniti untuk menangani wabak COVID-19, ekoran peratusan penerima dos penggalak masih rendah, khususnya di kalangan penduduk luar bandar dan umat Islam.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Mar 23 2022

Mulai solat Subuh 1 April, solat fardu, Jumaat dan jenazah boleh dilaksanakan tanpa jarak fizikal dengan bilangan jemaah yang dibenarkan mengikuti keluasan ruang masjid atau surau. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.

Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.

Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.

PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?

PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, Bukit Mertajam.

PM Anwar "diserbu" murid sekolah ketika makan tengah hari
Perdana Menteri "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 Putrajaya hari ini.

Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama walaupun sebenarnya, wanita tidak tertakluk kepada 'syarat' itu.