KUALA LUMPUR: Sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.
Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan Sooka secara percuma, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih.
Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel Sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90.
Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan Sooka, rakyat Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan secara langsung di Sooka secara percuma sepanjang 2 dan 3 Disember.
Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata di majlis pelancaran, memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, Sooka bertekad untuk menyediakan kandungan yang disesuaikan khusus untuk para penonton, menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran.
"Pengguna bulanan aktif (MAU) Sooka telah meningkat 80 peratus setakat tahun ini, dan pelanggan VIP telah meningkat 55 peratus suku tahun ke suku tahun dipacu oleh pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar.
"Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di Sooka, dengan 60% daripada mereka menonton kandungan Sooka menerusi telefon mudah alih. Kami yakin pek dan harga baharu Sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024,” katanya.
Berpegang kepada janji untuk membekalkan kandungan terbaik, Sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan barisan kandungan sukan secara langsung yang luas termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi.
Para pelanggan boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023. Satu siri baharu juga akan dilancarkan di Sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
Rancangan menarik kanak-kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga manakala filem-filem Cina dan Korea serta rancangan beraneka seperti The Queen's Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.
Sooka Got All
Pakej-pakej baharu ini memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih hiburan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan citarasa tontonan masing-masing. Kini kandungan sukan, hiburan dan kanak-kanak semuanya boleh ditonton di Sooka dengan keupayaan menikmati rancangan-rancangan ini secara serentak di sehingga tiga skrin dan dengan resolusi lebih tinggi – semuanya dengan pengalaman tontonan yang lebih premium.
Untuk menikmati pengalaman hiburan terbaik, para pelanggan boleh menonton semua rancangan kegemaran mereka dan rancangan sukan secara siaran langsung di skrin besar dengan pakej Premium, yang menawarkan akses kepada lebih banyak skrin, tanpa iklan pada harga promosi RM49.90 sebulan (asal RM84.90).
Sementara itu, peminat sukan boleh memilih pakej All Sports + Entertainment untuk menyaksikan semua acara sukan secara siaran langsung atau Liga Malaysia + Entertainment pada harga hanya RM34.90 sebulan atau pada harga RM28.90 sebulan.
Dengan pek Entertainment, para pelanggan berpeluang menyaksikan drama-drama tempatan dan Asia, rancangan beraneka dan realiti dengan langganan hanya RM14.90 sebulan (asal RM15.90).
Bagi mereka yang ingin menghiburkan hati secara terus-menerus, Pas 24 Jam disediakan untuk membolehkan para pelanggan menyaksikan semua kandungan sukan, hiburan dan kanak-kanak pada hari pilihan mereka dengan hanya RM12.90 sehari.
Segalanya ada di Sooka! Muat turun aplikasi Sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) atau saksikannya menerusi TV Pintar Samsung, LG, Xiao Mi, & Google/Android TV (versi 8 dan ke atas). Untuk maklumat lanjut mengenai Sooka dan pakej baharunya, sila layari sooka.my.
Astro Awani
Sat Dec 02 2023
Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan Sooka secara percuma, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.
Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.