KUALA LUMPUR:Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu, pada Sabtu ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini, namun ia belum dimuktamadkan lagi.
Katanya, selain MKN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sudah melakukan pembentangan SOP baharu berkaitan sektor ekonomi negara.
"Ada beberapa cadangan termasuk untuk kelonggaran, kita sudah meminta MKN membincangkan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membentangkan SOP ini," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula dalam Mesyuarat Khas Pelaksanaan PKPP memandangkan ia membabitkan dasar baharu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan membuka semula taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berikutan dakwaan ramai pengusaha gulung tikar, beliau berkata kerajaan akan mengkaji lanjut.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada pelbagai faktor khususnya membabitkan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.
"Kita tidak mahu apabila kita beri kebenaran untuk buka, ia akan memberi risiko kepada kanak-kanak itu nanti.
"Saya faham, jika ia terus ditutup bagaimana pusat ini mahu menjalankan perniagaan, memandangkan ia baru saja dibuka selepas lama ditutup. Malah, ibu bapa yang bekerja juga perlu menghantar anak ini untuk dijaga," katanya.
Astro Awani
Thu Nov 05 2020

MKN telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini, namun ia belum dimuktamadkan lagi. - Gambar fail/BERNAMA

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Fasa endemik COVID-19: KKM bentang saranan, SOP baharu minggu depan
Keputusan sama ada Malaysia akan memasuki fasa endemik COVID-19 akan dibuat selepas KKM membentangkan laporan saranan dan SOP baharu kepada Jemaah Menteri minggu depan.

Bermula 1 Mei, kehadiran murid dan guru seperti sebelum pandemik - Radzi Jidin
Pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, termasuk individu yang didapati positif COVID-19.

PRN Johor: Penceramah dibenar buka pelitup muka ketika berkempen - SPR
Menurut SOP terbaharu itu, penceramah perlu terus memakai semula pelitup muka selepas selesai menyampaikan ceramah atau syarahannya.

Kerajaan tetapkan tiga SOP baharu ibadah umrah
Kerajaan menetapkan tiga SOP baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci, berkuat kuasa 14 Februari ini.

PRN Melaka: Dek kerana SOP ketat, calon kongsi pengalaman minum pagi empat kali
Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberikan pelbagai pengalaman menarik, kepada calon-calon yang bertanding.

10 SOP baharu: Harap lebih mudah difahami, persiapan ke fasa endemik
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa SOP baharu yang bakal diperkenalkan kelak disambut baik oleh orang ramai dan pemegang taruh.

SOP sektor peruncitan kawasan PKP, PKPB, PKPP ditambah baik - Nanta
SOP itu telah diselaras dengan SOP am yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan ia dipatuhi sepenuhnya oleh semua syarikat peruncitan, pemborongan dan pengedaran.

SOP baharu PKPP, PKPB dijangka diumum Sabtu ini - Ismail Sabri
Kerajaan dijangka mengumumkan SOP PKPP dan PKPB yang baharu pada Sabtu ini.

COVID-19: Kerajaan minta Jabatan Penjara bentang SOP baharu
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata SOP baharu tersebut termasuk SOP untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk dituduh dan SOP pemindahan tahanan ke penjara lain.

PKPB: Harga gunting, dandan rambut dijangka naik antara RM3-RM10
Harap pelanggan bersedia dengan harga baharu yang dijangka diumum dalam tempoh terdekat.