KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dilaksanakan di negara ini sudah cukup untuk membuka pintu sempadan negara.
Menurut Ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN), Datuk Michael Kang pintu sempadan perlu dibuka untuk membolehkan pelabur datang ke Malaysia.
Michael menjelaskan kedatangan pelabur dari luar negara penting untuk membantu industri kecil dan sederhana memulihkan perniagaan.
Jelas beliau, Malaysia perlu mencontohi negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut berdepan cabaran varian Omicron namun tetap membuka pintu sempadan mereka.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kita laksanakan sekarang adalah cukup untuk membuka sempadan bagi melonjakkan ekonomi kita.
"Kita perlu lihat apa yang dilakukan oleh UAE, mereka sudah buat Expo Dubai, ramai yang pergi ke UAE, Expo Dubai itu menarik ramai ahli perniagaan termasuk ahli perniagaan kita.
"Ini yang kita mahu kerajaan buat sama iaitu buka sempadan, SOP sudah ada cukup, sudah ada vaksinasi, dengan ada vaksinasi dengan SOP tidak ada masalah buka sempadan untuk membangun ekonomi kita," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu yang bertajuk Buka Sempadan, Bersediakah Kita?
Michael juga berpendapat, berbanding negara-negara ASEAN yang lain, Malaysia agak ketinggalan dalam aspek membuka pintu sempadan bagi membolehkan urusan perniagaan dijalankan.
"Saya rasa negara kita masih belum cukup agresif dalam membuka pintu sempadan bagi memulihkan ekonomi berbanding beberapa negara ASEAN yang lain.
"Kalau kita lihat di Thailand, kerajaan mereka sudah lama membuka pintu sempadan untuk membolehkan peniaga ke negara tersebut untuk mesyuarat atau menjalankan perniagaan.
"Jika kita lihat Indonesia pula, tempoh kuarantin yang dikenakan lebih pendek berbanding negara kita, cuma lima hari kuarantin," katanya lagi.
Beliau berharap kerajaan memudahkan SOP yang dilaksanakan bagi membolehkan bukan hanya rakyat meneruskan kehidupan tetapi pelabur juga dapat datang ke negara ini.
Astro Awani
Wed Feb 02 2022

Malaysia perlu mencontohi negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut berddepan cabaran varian Omicron namun tetap membuka pintu sempadan mereka. - Gambar hiasan

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV
Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu da

Segelintir peniaga, pengunjung bazar Ramadan di Perak langgar SOP
Terdapat segelintir peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan di Perak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul serta tidak me

SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.

PRN Johor: Ceramah dan kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan - SPR
Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor masih boleh diteruskan biarpun kes COVID-19 meningkat - Penganalisis
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata SOP yang ketat boleh membantu mengekang penularan COVID-19 ketika tempoh kempen PRN Johor.

60 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP PPN
Ketika polis memasuki premis terbabit, pengunjung didapati sedang leka berhibur dengan muzik dipasang terlalu kuat.

Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Langgar SOP: Polis akan panggil beberapa lagi calon dan penyokong bantu siasatan
Polis akan memanggil beberapa lagi orang calon dan penyokong parti politik membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika hari penamaan calon, Isnin lepas.

Piala Malaysia: Peka SOP, bendung penularan COVID-19 - Faizal Azumu
Ahmad Faizal mahu pegawai dan pemain yang terlibat dalam kempen Piala Malaysia 2021 supaya lebih peka dengan prosedur operasi standard (SOP).

Operasi sekolah bersemuka dilaksana dengan baik, teratur ikut SOP - Radzi
Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan.