KUALA LUMPUR: Tindakan menjual dan menyorok pelbagai spesies burung bayan tempatan yang dilindungi bernilai RM20,000 di dalam ruangan tandas terbongkar selepas sebuah rumah di Kuala Rompin, Pahang diserbu pada Isnin lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi kira-kira jam 2.30 pagi itu dijalankan anggotanya dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara Skuadron Perisai 9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu menemui tujuh ekor burung bayan tempatan dari spesies bayan nuri, bayan serindit dan bayan puling yang disimpan di ruang tandas rumah terbabit.
"Dianggarkan nilai burung terbabit berjumlah RM20,000.
"Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga aktif menjual burung telah ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen penyimpanan hidupan liar terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menyewa rumah berkenaan yang terletak di perkampungan Orang Asli.
Katanya, burung terbabit juga dipercayai adalah untuk pasaran berdasarkan permintaan daripada pembeli.
"Namun, siasatan masih dijalankan sama ada aktiviti jualan itu dibuat secara dalam talian atau bersemuka.
"Kita juga tidak tolak kemungkinan suspek menyewa rumah di kawasan perkampungan Orang Asli bagi mengaburi dan mengelakkan daripada dikesan oleh penguat kuasa," ujarnya.
Tambahnya, kesemua rampasan dibawa ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Rompin, Pahang untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," tegasnya.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Dianggarkan nilai burung terbabit berjumlah RM20,000.- Sinar Harian

AS berulang kali tekankan keamanan Ukraine lebih penting daripada jaminan keselamatan
Amerika Syarikat (AS) berulang kali menjelaskan kepada Ukraine bahawa usaha mencapai keamanan adalah lebih penting daripada jaminan keselamatan.
AWANI Ringkas: Bersederhana di bulan Ramadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jurang sosioekonomi: Jangan hanya harap peruntukan - Rafizi Ramli
"Bagaimana kita memastikan jurang (sosioekonomi) ini dikurangkan? Perkara ini terus berlaku, saya berkali-kali menyebut tetapi tidak mahu disambut di sebelah sana," jelas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kepada Dewan Rakyat.
Menurutnya peruntukan kepada enam negeri termiskin di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dan jumlah itu dikekalkan.
Rafizi berharap usaha menutup jurang sosioekonomi disambut baik kerajaan negeri dan kerajaan negeri mempunyai kerangka ekonomi yang mesra perniagaan untuk menarik pelaburan.
Menurutnya peruntukan kepada enam negeri termiskin di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dan jumlah itu dikekalkan.
Rafizi berharap usaha menutup jurang sosioekonomi disambut baik kerajaan negeri dan kerajaan negeri mempunyai kerangka ekonomi yang mesra perniagaan untuk menarik pelaburan.

Pemuda Pas bantah RUU PSB, dakwa hak pemilik terjejas
Ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus mencetuskan risiko pemilik minoriti dipinggirkan.
Zelenskyy yakin hubungan dengan AS akan membaik dan perlu diteruskan
Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan keyakinannya bahawa hubungan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berpotensi dipulihkan selepas pertemuan tegang mereka di Pejabat Oval, Washington D.C. beberapa hari lalu.
"saya berdiri teguh bersama Zelenskyy" - PM Kanada
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mengulangi sokongannya terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan Ukraine.susulan pertemuan Zelenskyy dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta Naib Presiden AS, JD Vance, di White House beberapa hari sebelumnya.

Bront Palarae dilantik Profesor Adjung Fakulti Seni Sinematik MMU
Pelantikan ini sebagai penghargaan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam industri hiburan selama lebih dua dekad.
Hidangan asal istana, Jala Emas popular semasa bulan puasa
Keistimewaan kuih Jala Emas, yang asalnya hidangan dari istana dan tradisi selatan Thailand popular sebagai kuih tradisional dicari semasa bulan Ramadan.
KWSP kukuhkan pelaburan dengan strategi kepelbagaian
KWSP meneruskan strategi kepelbagaian dalam pelaburan bagi menjamin pulangan stabil dan lestari. Dengan 77 peratus aset dilaburkan di luar negara, pendekatan ini membantu mengurangkan risiko dan memberi manfaat kepada pencarum.
582 jururawat KKM berhenti pada 2024
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, antara alasan perletakan jawatan yang diberikan adalah bekerja di sektor swasta, isu penempatan, mengikut pasangan, waktu bekerja syif, masalah kesihatan pegawai/ keluarga dan masalah peribadi.

Sorok burung bayan RM20,000 dalam tandas
Tindakan menjual dan menyorok pelbagai spesies burung bayan tempatan yang dilindungi bernilai RM20,000 di dalam ruangan tandas terbongkar selepas sebuah rumah di Kuala Rompin, Pahang diserbu.