GEORGE TOWN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersedia memberikan kelulusan segera kepada permohonan jawatan petugas barisan hadapan yang diperlukan Kementerian Kesihatan (KKM), dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Pengerusinya Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, pihaknya akan memastikan pelantikan petugas KKM dibuat secara cekap dan berkesan, supaya tidak berlaku kelewatan bagi keperluan khas.
"Saya dimaklumkan KKM perlukan lebih 11,000 petugas baharu bagi mendepani COVID-19, sekarang ini dan bagi tempoh dua minggu lepas sahaja hampir 6,000 orang telah dilantik dalam KKM, jika (KKM) perlukan lagi SPA akan lantik ikut keperluan KKM.
"Ketika dalam pendemik COVID-19 sekarang ini, SPA memang buat lantikan tambahan bagi petugas KKM seperti jururawat dan doktor, ia dibuat secara cekap, cepat serta berkesan, supaya tidak berlaku kelewatan dan kami di SPA memainkan peranan yang cukup penting, bagi memastikan penjawatan dilantik segera kerana ia keperluan khas kepada KKM," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata semua lantikan itu dibuat secara kontrak dan akan diserap sebagai petugas tetap, selepas KKM melihat komitmen serta keupayaan mereka dalam menjalankan tugas.
Sementara itu, Zainal Rahim berkata proses pengambilan penjawat awam menerusi SPA, tetap berlangsung seperti biasa iaitu membabitkan kira-kira 28,000 calon setiap tahun, walaupun negara berdepan tekanan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.
Katanya kekosangan jawatan itu berikutan penjawat awam yang bersara iaitu kira-kira 25,000 orang setiap tahun, dan keperluan kementerian serta jabatan yang ingin mendapatkan pertambahan pekerja berdasarkan keperluan dasar-dasar baru.
"COVID-19 tidak mempengaruhi kekosongan jawatan yang ada dalam perkhidmatan awam dan SPA membekalkan pekerja setiap tahun bagi keperluan jabatan, setiap tahun terdapat 28,000 kekosongan bagi jawatan tetap, manakala ribuan lagi untuk penjawatan kontrak," katanya.
Terdahulu, Zainal Rahim mendahului senarai penerima pada istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang, sempena Sambutan Ulang Tahun ke-82, Yang Dipertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas yang berlangsung di Setia Spice Convention Centre, hari ini.
Beliau yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Pulau Pinang, menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021

Semua lantikan itu dibuat secara kontrak dan akan diserap sebagai petugas tetap selepas KKM melihat komitmen serta keupayaan mereka dalam menjalankan tugas. - Gambar fail/ Bernama
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gaji permulaan terendah di laman sesawang SPA akan dikemas kini pada Disember
Kadar gaji permulaan terendah bagi jawatan ditawarkan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dikemas kini pada 1 Dis.

SPA jangka lebih ramai golongan muda sertai sektor awam
SPA menjangkakan dapat menarik lebih ramai golongan muda menyertai sektor awam susulan pengumuman mengenai pelarasan gaji penjawat awam.

PM Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi SPA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.

FB digodam: SPA Perak ambil tindakan, FB bukan lagi medium rasmi
SPA Perak menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.

Lelehan darah di betis bongkar remaja buang bayi belakang rumah
Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di Tumpat, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut.

Tak semua penjawat awam kaki ponteng - Cuepacs
Kes tata tertib membabitkan ponteng atau tidak hadir bertugas seperti didedahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak menggambarkan keseluruhan sikap penjawat awam.

SPA terima 1.28 juta permohonan lantikan tetap, lebih 20,000 jawatan diisi
SPA menerima 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap untuk jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana, menerusi SPA9 secara dalam talian tahun lepas.

Ponteng kerja antara faktor popular penjawat awam kena tatatertib
Ponteng atau gagal hadir bertugas antara faktor popular seorang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung dari perkhidmatan awam.