IPOH: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meneruskan inisiatif untuk menggalakkan penggunaan air secara berhemat antaranya melalui penggunaan produk yang mempunyai label Cekap Air dengan pemberian rebat secara bersasar.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha itu diteruskan dengan pelancaran Program Jimat Air 4.0 hari ini yang merupakan kesinambungan daripada siri Program Jimat Air 1.0 hingga 3.0 yang dilaksanakan pada tahun 2021 hingga tahun lepas.
"Program Jimat Air 4.0 ini merupakan satu inisiatif SPAN di bawah kempen penggalakan penggunaan produk cekap air yang bermula dari bulan ini hingga 31 Disember 2023.
Untuk itu, SPAN telah melantik Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (SHOPEE) sebagai platform e-Dagang bagi pemberian rebat untuk pembelian produk cekap air di bawah program Jimat Air 4.0 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jimat Air 4.0 - SPAN bersama SHOPEE di sini hari ini.
Beliau berkata inisiatif SPAN itu selari dengan hasrat kerajaan seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), iaitu penggunaan peralatan cekap air yang dilabelkan dengan Skim Pelabelan Produk Cekap Air (WEPLS) akan dipertingkatkan kepada pengguna domestik dan industri serta premis kerajaan.
Katanya dalam jangka masa panjang, pengguna dapat menjimatkan bil air sehingga 50 peratus daripada jumlah bil semasa bergantung kepada kadar penggunaan produk cekap air.
Nik Nazmi berkata menurut statistik pada 2021, kadar penggunaan air domestik bagi setiap individu ialah sebanyak 251 liter sehari berbanding dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030 adalah sebanyak 160 liter sehari untuk setiap individu menjelang tahun 2030.
"Secara umumnya, kadar penggunaan air domestik di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia berbanding dengan negara jiran seperti Singapura, iaitu sebanyak 140 liter sehari.
Penggunaan air yang tinggi ini sekali gus memberi impak langsung kepada sumber air sedia ada dalam menampung permintaan air yang kian meningkat akibat proses urbanisasi, pertumbuhan ekonomi dan pertambahan penduduk," katanya.
Beliau berkata Program Jimat Air 4.0 dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai produk cekap air dan menggalakkan mereka untuk menggunakannya dan pihak pembekal diharapkan dapat memasarkan lebih banyak produk cekap air di pasaran agar pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha itu diteruskan dengan pelancaran Program Jimat Air 4.0 hari ini yang merupakan kesinambungan daripada siri Program Jimat Air 1.0 hingga 3.0 yang dilaksanakan pada tahun 2021 hingga tahun lepas. - Foto Facebook SPAN

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

SPAN teruskan program jimat air galakkan penggunaan secara berhemat
Kerajaan meneruskan inisiatif untuk menggalakkan penggunaan air secara berhemat antaranya melalui penggunaan produk yang mempunyai label Cekap Air dengan pemberian rebat secara bersasar.