PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran khususnya di Selangor.
Dalam kenyataan hari ini SPAN memaklumkan Jawatankuasa Khas itu akan bertindak mengumpul maklumat, keterangan dan meneliti semua aspek berhubung insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.
"(Jawatankuasa Khas) seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dijadikan tata amalan terbaik oleh semua pihak yang berkepentingan demi menjamin kelestarian bekalan air," menurut kenyataan itu.
SPAN berkata pelbagai pihak dan agensi kerajaan akan dilibatkan secara langsung dalam proses pengumpulan data berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), badan pengurusan sumber air mentah negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta operator perkhidmatan air di negeri- negeri berkaitan.
"Jawatankuasa ini akan ditubuhkan dalam kadar segera dan dijangka selesai dalam tempoh 45 hari dari sesi pertama berlangsung," katanya.
SPAN memandang serius terhadap insiden terkini pencemaran bau di Sungai Sembah dan Sungai Kundang hingga mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual terhadap lebih sejuta pengguna di 7 kawasan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 23 Julai hingga semalam.
Merujuk kepada insiden itu SPAN juga telah membuka satu kertas siasatan pada 24 Julai lepas ke atas suspek yang dikenal pasti.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi kesalahan mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan sistem bekalan air atau mana-mana sistem bekalan air, yang jika disabit dengan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM500,000.
SPAN komited untuk memastikan sebarang perbuatan salah laku terhadap air bersih dan sumbernya akan diambil tindakan tegas dalam tempoh sesegera yang mungkin dan seterusnya memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Jawatankuasa Khas itu akan bertindak mengumpul maklumat, keterangan dan meneliti semua aspek berhubung insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

SPAN saran langkah tangani isu pusat data
Pembangunan pusat data secara teratur dan lestari yang mengambil kira aspek penyahkarbonan dalam mencapai sasaran sifar bersih dapat menjamin perkembangan ekonomi serta kesejahteraan negara.

Curi air: SPAN serbu dua tapak pembinaan landasan kereta api
SPAN menyerbu dua lokasi tapak pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Hulu Selangor, yang dikesan mencuri air.

SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran
SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.

Kenaikan tarif air baharu minimum, tidak beban pengguna - Ahmad Samsuri
Sebanyak 73.8 peratus pengguna domestik secara purata hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan.

Isu tarif air: SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air.

SPAN siap sedia hadapi sebarang kemungkinan akibat banjir
Ia bagi memastikan bekalan air pengguna tidak terjejas sepanjang berlakunya bencana itu.

Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023
RUU SPAN (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Charles Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi SPAN
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lepas.

Empat hari tiada air mulai esok, penduduk Lembah Klang simpan air cepat!
Gangguan bekalan air itu menjejaskan wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

MWA gesa kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pencemar air
Persatuan Air Malaysia (MWA) melahirkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan air terawat dan pencemaran sumber air mentah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)