BUAT kali pertama dalam tempoh 125 tahun, saintis berjaya mengesan subspesies burung hantu scops di kawasan hutan di Gunung Kinabalu.
Memetik laporan portal berita antarabangsa, para penyelidik dari Smithsonian Migratory Bird Center, Washington mengumumkan penemuan semula burung hantu Bornean Rajah yang bermata oren dengan nama saintifik Otus brookii brookii itu bulan lalu.
Penemuan itu disiarkan dalam Wilson Journal of Ornithology, yang turut disertakan dengan beberapa keping gambar.
Burung hantu scops merujuk kepada spesies biasa dalam keluarga Strigidae, dan ditemui di benua Asia serta Afrika. Ia lazimnya berwarna tanah atau keperangan untuk memudahkan ia menyamar di batang pokok.
Walaupun hampir semua elemen asas ekologi spesies berkenaan seperti suara, biologi pembiakan dan populasi tidak diketahui, corak filogeografi burung itu di Borneo dan Sumatera, serta corak pada bulu membuktikan ia layak mendapat klasifikasi spesies yang khusus.
Menurut Science Direct, filogeografi adalah bidang kajian yang berfungsi untuk memahami hubungan antara genotip individu dalam spesies atau sekumpulan spesies yang berkait rapat dan menghubungkannya dengan taburan spesies atau kumpulan.
Dengan cara itu, saintis dapat menelusuri sejarah biogeografi populasi infraspesifik dan lebih memahami faktor lain seperti aliran genetik dan aspek kolonisasi.
Dalam temu bual dengan majalah Smithsonian, penulis kajian, Andy Boyce memaklumkan penemuan semula spesis itu di Sabah pada 2016, berkemungkinan dipengaruhi faktor masa yang sesuai.
Boyce berada di sana untuk satu projek bersama University of Montana, ketika menerima maklumat tentang burung hantu yang kelihatan aneh dan bermata oren.
"Sekiranya kita tidak mendokumentasikannya pada waktu itu, ia akan 'hilang' lagi dan siapa tahu berapa lama ia akan ditemui semula," kata Boyce kepada majalah berkenaan.
Saiz burung itu dilaporkan sekitar seperempat lebih besar daripada burung hantu biasa yang berasal dari wilayah ini dan mempunyai bulu berwarna kelabu, hitam dan coklat gelap.
Tidak banyak yang diketahui mengenai Otus brookii brookii, termasuk lokasi habitat utamanya namun Boyce percaya burung berkenaan tidak dilihat sejak sekian lama kerana kepadatan penduduk di kawasan terbabit yang rendah.
"Ini mengingatkan kita sebagai manusia, dan sebagai saintis, ada banyak perkara dalam dunia ini yang kita belum temui dan fahami.
"Kami menemui banyak perkara baharu setiap hari dan ia masih satu kejutan untuk kami," kata Boyce.
Menurut badan sains dan alam sekitar, Mongabay, status pemuliharaan Rajah scops-owl kini disenaraikan sebagai yang paling tidak mendapat perhatian dalam Daftar Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).
Ia juga menyatakan kawasan hutan di Malaysia semakin terjejas dengan perubahan iklim.
Agensi
Tue May 18 2021
Selepas 125 tahun, saintis berjaya mengesan subspesies Bornean Rajah Scops-Owl di kawasan hutan di Gunung Kinabalu. - Foto/nationalzoo.si.edu
Lapan tahanan dijadual dibebaskan di Gaza
Lima warga Thailand dan tiga rakyat Israel akan dibebaskan pada Khamis di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas. Israel juga bakal mengharamkan operasi UNRWA.
Bekas Senator Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 11 tahun
Bekas Senator Amerika Syarikat Bob Menendez dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Rabu kerana menerima rasuah termasuk jongkong emas sebagai pertukaran dari ahli perniagaan Mesir dan New Jersey.
Kekejaman zionis: Tentera Israel akan kekal di Kem Pelarian Jenin
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, pada Rabu mengesahkan bahawa tentera Israel akan terus berada di Kem Pelarian Jenin walaupun selepas operasi besar-besaran yang dilancarkan minggu lalu berakhir.
Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan rakyat Palestin
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh disertai.
Korban di Gaza cecah 47,417 orang
Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 47,417 walaupun gencatan senjata berkuat kuasa. Lebih 500,000 pelarian kembali ke utara, tetapi berdepan kekurangan makanan dan tempat perlindungan.
Kekejaman zionis: 10 syahid di Tebing Barat akibat serang udara Israel
Sekurang-kurangnya 10 warga Palestin terkorban dalam serangan udara Israel di Tebing Barat pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
DeepSeek disekat di gedung aplikasi Apple, Google di Itali
Aplikasi kecerdasan buatan (AI) China, DeepSeek, tidak dapat diakses di gedung aplikasi Apple dan Google di Itali pada Rabu, sehari selepas pihak berkuasa perlindungan data negara itu meminta maklumat berkenaan penggunaan data peribadi oleh aplikasi tersebut.
Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.
[TERKINI] Pasca perang Syria: Ahmed al-Sharaa dilantik Presiden Syria
Pemimpin de facto Syria, Ahmed al-Sharaa telah diisytiharkan sebagai Presiden bagi fasa peralihan negara itu dengan perlembagaan turut digantung, pada Rabu.
Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.
Spesies burung hantu bermata oren ditemui di Sabah selepas 125 tahun
Selepas 125 tahun, saintis berjaya mengesan subspesies Bornean Rajah Scops-Owl di kawasan hutan di Gunung Kinabalu.
Plump perlu diet, burung hantu merana tak dapat terbang akibat gemuk
Burung hantu itu ditemui di tepi jalan disyaki telah dilanggar oleh kenderaan.
MPOB setuju penggunaan burung hantu kawal tikus di ladang sawit
Hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya membuktikan penggunaan burung hantu sebagai amalan kawalan biologi terbaik.
Rusia cipta dron mirip burung hantu
Rusia buat julung kalinya mempamerkan sebuah dron mirip seekor burung hantu pada ekspo tahunan kententeraan, Kementerian Pertahanan negara itu di Moscow pada Selasa.